Friday 4 December 2009

Internet


Can I be connected to the internet please?

.

Tuesday 13 October 2009

Flying high through the sky...so high


Whenever I saw the luggage in my room,I would realize that less than a week left for me to stay here in Malaysia,Kg Pokok Setol specifically.I feel like throwing that luggage away but who's going to pay for the new travel bag later?It's nobody probably.So instead of wasting the money and time (which I've been doing for so long),I've started packing my things and foodies for 'that' day.It seems like I'm doing this with no will and sincerity.I'm not that shallow okay.New move means new hope and spirit.Need to plan well,that is.Sometimes things begin well in me but in the middle it turns out shaky and unsteady.People say it's normal.All I have to do is being positive and consistent.Please wind please;blow this spirit all along the year.To my family and friends,thanks for your caring bak menjinjing minyak yang penuh.Adik,I will miss your 'nak jadi oghe tino gena' saying in your own way.So funny-lah.Love you all more and more.


Look back with no regrets..and say good bye.
P/S = Some of my friends were involved in an accident last 2 days.Hope you can pray for them,for all those affected by this tragedy.Allah bless you.
.

Tuesday 29 September 2009

Sesi mencuci sawang dan habuk-habuk maya...konon

Raya tahun ini agak tenang untuk fizikal saya.Lepas solat raya tak perlu berebut-rebut beratur depan masjid ambil duit raya.Harus ada skill untuk dapat duit raya cepat sebetulnya.Untuk budak-budak takkan saya masih mahu beratur sekali.Segan seadanya dan sedar diri seperlunya.Dan Luqman bertindak bijak dengan membuat barisan sendiri.Lebih bijak dari kami dulu-dulu.Sekarang rakyat 1 Malaysia sudah pulang ke asrama,masuk kuliah,ke pejabat,ke tempat kerja,saya sambung percutian saya.Kah kah kah.Rasa macam tak bertanggungjawab tapi apakan daya tiket tersambung pula.'Ter'.

Hari ini ke sekolah Mak.Menumpang kasih wifi di sini.Wifi di kampung sudah tak boleh dikasihkan lagi.Sebab encik pegawai itu tak mahu membaiki.Sungguh tidak pengasih.Dan tidak bertanggungjawab.Takkan mahu tunggu laporan baru boleh buka mata dan angkat spanar.Abah kata kondisi di kampung begitulah.Okay perlu terima.Seronok juga di sini sebenarnya bila murid-murid jumpa saya dan berkata, "Assalamualaikum cikgu''.Sangat comel.

Di kesempatan ini saya mahu mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat saya Wan Nor Sitah dan suami,semoga berkekalan ke anak cucu.Sayang tak dapat pergi kenduri tapi kamu sangat cantik berbaju merah itu.Sangat.

Dan kepada sahabat yang akan melangkah ke dunia baru gitu,tahniah.Perkara baik jangan dilewatkan.

Dan saya tak mahu balik Mesir lagi wawawawa~~


.

Tuesday 15 September 2009

Mama Carries


Kami pergi ke Giant beberapa hari sebelum.Sebetulnya Mak mahu mencari ready-made Mama Carries tapi bila dah jumpa tak berkenan pula.Yalah sudah pecah-pecah lebih baik buat sendiri kan.Lebih puas hati katanya.

Bahan-bahan:
250gm buttercup
tepung gandum (agak-agak doh boleh diuli)
100gm gula aising
setengah sudu esen vanilla
kelapa kering (boleh juga guna nestum,oat atau apa-apa)

Untuk topping :
sebiji putih telur (dipukul hingga kembang)
90gm gula aising
satu sudu tepung jagung
(untuk lorekan cuma tambah serbuk koko)

Cara-cara:
1.Uli bahan-bahan hingga boleh diuli dan ditekap.
2.Tekap dengan acuan dan letakkan ke dalam loyang yang disapu minyak.
3.Letakkan topping dan lorekan.Lorekan biasanya menggunakan jarum peniti atau lidi.
4.Bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit.

Selamat mencuba!


.

Tuesday 8 September 2009

Mungkinkah...?


Hajat di hati mahu memiliki.Nyatanya bukan sekaranglah.Salahkah punya impian setinggi gunung?Sekilas pandangan jiwa pun berangan,kononnya klinik ini saya yang punya.Lepas tangkap gambar ini saya langsung gelak besar.Sungguh kurang sopan...dan perasan.


.

Thursday 3 September 2009

Merdekakan puasamu


Cik Pah termenung di jendela.Teringat pada anak-anak yang sudah besar panjang.Teringat baju raya yang ditempah petang semalam.Teringat itu,teringat ini.Teringat juga kata-kata ustaz Zali dalam tazkirah Subuh di masjid pagi tadi.

"Kita kadang kala salah mendefinisikan puasa itu kepada menahan lapar dan dahaga sahaja.Lalu masing-masing sibuk menyediakan segala macam juadah berbuka tanpa mahu mengambil berkat Ramadhan itu untuk menambah amalan dan menghapuskan dosa."

Realitinya memang begitu.Seusai solat Subuh Cik Pah sudah berkira-kira apa yang mahu disediakan sebagai juadah berbuka.Setiap hari selepas Asar dia akan mengajak suaminya,Awang Bulan ke bazar Ramadhan membeli murtabak dan air jagung.Sedangkan jika bukan dalam bulan puasa mahu ke masjid seminggu sekali pun jarang-jarang.Belanjawan dalam bulan puasa pula lebih tinggi dari hari biasa walhal makannya hanya sekali waktu berbuka dan sedikit ketika bersahur.Untuk persiapan raya,Almond London dan Tart Jem sudah ditempah dengan Kak Yam Kuih Tart,rempeyek dibeli dari Kalsom dan maruku mahu dibuatnya sendiri seminggu sebelum raya.Dua pasang baju kurung sedang dijahit Yati kampung sebelah dan baju tanah hitam bunga merah sudah siap tergantung dalam gerobok sebulan sebelum puasa.Langsir dan perabot?Nanti-nantilah...

"Yang pasti tanpa kita sedari,raya yang lebih diraikan dalam bulan ini,bukan Ramadhan itu sendiri."

Terkena batang hidung sendiri.

"Pejuang Badar tetap turun berperang waima mereka berpuasa.Semata-mata mahu dekat dengan Allah.Namun kita yang hidup tenang aman ini tidak pula berusaha untuk berada dekat denganNya.Sedangkan kita dan mereka sama-sama sedang berpuasa."

Lama Cik Pah bermenung.Dia mendongak kepalanya sedikit,membuang pandangan jauh ke tengah bendang.Cik Pah mahu puasa kali ini tak sama dengan yang sebelumnya.Dan Ramadhan kali ini berbeza dengan Ramadhan sebelumnya.Tibanya Ramadhan menandakan terbukanya pintu -pintu syurga,tertutupnya pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.Cik Pah seru hatinya agar tenang beramal pada Yang Esa.Biar jiwanya bertemu malam itu.Malam penuh keberkatan menyamai seribu bulan.Tiada apa yang dimahunya kecuali ganjaran pahala penunjuk jalan ke syurga.Dan Cik Pah tahu bukan dia seorang yang begitu sebenarnya.


.

Sunday 23 August 2009

Ulang tahun adalah hari kelahiran seseorang, menandai hari dimulainya kehidupan di luar rahim - Wikipedia Indonesia


Gambar ini tiada kaitan.Di bulan puasa ni macam seronok pula kalau jadi kaktus.Sebab boleh takung air dalam kuantiti yang banyak.Tidaklah terlalu dahaga.Agaknyalah.Tapi manusia mana boleh jadi kaktus.Jadi gambar ini memang tiada kaitan.

Suka dan syukur.Peningkatan usia disambut bersama tarawikh pertama.Saya kira ini hadiah terbaik dari Sang Pencipta.Bersama muslimin muslimat melaungkan takbir menyembah Tuhan Yang Esa.Sujudku kali ini mungkin sama dengan yang lainnya.Tapi syukur kali ini berganda.Syukur dengan kesempatan Ramadhan yang diberikan oleh-Nya.Syukur dengan peluang yang diberi untuk bernafas sehingga umurku mencecah 21 tahun.Moga pertambahan umur seiring dengan pertambahan ilmu dan ibadat.Itu doa mereka.Doa saya moga pertambahan umur menjadikan saya Muslim yang lebih sempurna.Kawan-kawan minta doa ini dimakbulkan,ya?


.

Thursday 20 August 2009

Semanis langsat...sudah air pinangkah?


Musim cuti memang seronok,lagi seronok bila ia datang bersama musim buah.Bila perut ketawa puas disumbat dengan durian dan langsat,hati menangis tersedu-sedu dahagakan thaqafah dan zikrayat.Hey tuan badan,kau lupa dengan organ kau yang satu ini ya?

Mulut jangan berani cakap ini perkara biasa sepanjang musim cuti.Sebab nanti otak juga mahu minta cuti.Maklumlah sudah bekerja keras selama ini.Mahu cuti sedikit-sedikit tak mengapa.Tapi kalau cuti terus bagaimana?Pasif?Malas berfikir?Mengantuk?Mati???Tidakkk...

Mata lagi mudah menonton Cinta Gila dari membaca Bercinta Sampai ke Syurga.Eh..eh..bukan suruh bercinta tapi suruh melihat sesuatu dengan mata kornea dan mata hati.Agar lebih bererti.Tapi kalau sudah sampai jodoh jangan lupa jemput saya,ya?Nanti saya rajinkan kaki ini pergi kenduri.Tidaklah asyik melilau ke sana sini.Jangan tipu saya anda tak buat begini.Lagi-lagi yang ada transport sendiri,kan?

Jangan tanya apa mahu buat cuti ini tapi tanya ke mana mahu pergi menambah ilmu dan thaqafah untuk diri?

Alah..cuti panjang lagi.Alasan.
Rileklah.Mula kuliah nanti kita berprogram semula.Alasan.
Usrah kampung tak sama dengan usrah uni.Alasan.
H1N1.Risiko.Alasan.
Malas.Ini alasan berani mati.

Sampai terlupa perintah Allah dan Rasul supaya pergi mencari ilmu.Juga kurang peka dengan ruang dan peluang yang diberikan makhluk sekeliling.

'Mengapa sampai cuti-cuti pun mahu belajar?',tanya orang itu.

Jawapannya sebab kita manusia terpilih.Terpilih sebagai khalifah di bumi ini.Dan manusia terpilih jangan biasa-biasa,harus lebih.Lebih dari segi ilmu,lebih dari segi kemahiran,lebih dari segi sikap,lebih dari segi maklumat.Wah,banyaknya kelebihan.Seronok,kan?

Jadi apa aim kita?Mahu jadi profesional Muslim.Yang profesional dalam pekerjaan,dan Muslim dalam kualiti hidup.

Mahu jadi seperti orang-orang ini tidaklah susah tapi tidak juga terlalu mudah.Abu Saif ada mengatakan dalam ceramahnya,seseorang yang bercita-cita ingin menjadi seorang profesional Muslim harus mematuhi dua peraturan Allah.Iaitu melaksanakan syariat Allah - melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya serta mematuhi sunnatullah.Sunnatullah inilah yang dimaksudkan dengan menambah ilmu serta memperbaiki kualiti diri.Ini hukum alam.Mana mungkin seorang yang rajin beribadat tanpa keluar berilmiah dan bermasyarakat,berjaya menjadi seorang profesional Muslim.Begitu juga sebaliknya.Jangan sia-siakan masa cuti ini.Duit dan keseronokan boleh dicari tapi masa dan peluang sukar dicari ganti.

Jadi jangan tanya apa mahu buat cuti ini tapi tanya ke mana mahu pergi menambah ilmu dan thaqafah untuk diri?

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya,supaya mereka itu dapat beraga-jaga"
(Al-Taubah:122)


.

Thursday 23 July 2009

Mak..esok ambil kakak di Penang jam 9.30 ya

Alhamdulillah.

Sudah sampai Malaysia dengan jayanya.Saya kira ini memang betul-betul berjaya berbanding berjaya balik-balik yang lain.Dengan dugaan dan cabaran yang saya sendiri tak sangka akan hadapi akhirnya saya,Piah,Ila,Kay,Yana,Mizah dan Ust Khairi selamat juga menjejak kaki ke Penang.Balik kali ini memang sangat perlu dihargai dan menjadi kenangan manis kau dan aku untuk tahun ini,kata Kay-lah.Betul.Memang kenangan manis kau dan aku.

Alhamdulillah.

Keputusan peperiksaan sudah keluar.Dan saya berjaya naik tahun.Terima kasih pada semua yang berusaha dan mendoakan.Hanya Allah yang mampu membalasnya.Kalau rajin datanglah rumah saya,saya ada sesuatu sebagai tanda terima kasih.Di samping tu,boleh sembang-sembang dan makan-makan.Makan durian mahu?

Hati saya suka hari ini.Sekarang adik saya dalam bas dari KL dengan Pak Ndak mahu pulang bercuti.Mahu jumpa saya-lah tu.Saya tahu.Saya pun sama.Mak pun sama.Abah pun sama.Okay.Sudah cakap merepek-repek.Perlu berhenti.Tunggulah sehingga berinspirasi nanti saya tulis lagi.


.

Sunday 5 July 2009

Yang lepas benar indah,amat indah


Sampai hari ini kira-kira sudah 5 hari kami merdeka dari peperiksaan akhir tahun.Tapi tidaklah gembira sangat pun sebab keputusan akan keluar tak lama saja lagi.Ini bermakna sudah 5 hari kami bercuti musim panas.Setakat ini saya belum lagi ke mana-mana.Bukan tak mahu tapi sedang mencari-cari peluang untuk keluar dari tanah ini sambil beli-belah dan makan-makan (makan juga!).Barang untuk dibawa pulang ke Malaysia pun belum beli-beli lagi.Haish..wahai cik masa dan peluang,tolonglah jadi kawan baik saya sementara ini.Nak kata sibuk tu sibuklah juga.Sibuk melepak-lepak dan menonton-nonton.Apalah.

Bila tengok balik gambar-gambar sepanjang tahun ini baru saya sedar (terima kasihlah pada kawan-kawan yang sangat obsesi dengan lensa kamera),banyak juga yang kami lalui rupanya.Bermula selesainya tahun 2 hingga hari ini banyak perkara yang sudah berubah.Samada dari baik ke kurang baik mahupun dari kurang baik ke baik.Yang baik itu alhamdulillah.Tapi yang tak baik itu mahu menyesal pun tak ada gunanya.Kalau sedar yang ianya tak baik mari kita lakukan sesuatu,berubah.

Baguslah kita selalu disarankan supaya bermuhasabah.Selalu saya jadi leka dan bila satu hari hati saya tergerak mahu duduk diam-diam dan berfikir,dada saya sesak.Tiba-tiba teringat balik perkara-perkara yang bercanggah dari prinsip manusia serta tindakan dan emosi yang tak rasional dan kurang matang yang pernah saya lakukan.Orang kata biasalah itu darah muda tapi kalau darah muda itu boleh dikawal dengan pemikiran yang rasional,tidak akan apa-apanya.Itu pada hemat sayalah.



Pernah satu hari saya terlalu marahkan encik lalat dan mengibas-mengibas tangan dengan ganasnya.Dengan harapan mahu memberi tamparan wanitalah kononnya tapi tentulah encik lalat yang cemerlang itu dapat mengelak dan akhirnya cermin mata saya pula yang jatuh ke lantai dan pecah.Dan di sini siapa yang bodoh sebenarnya?Haiwan yang tak berakal itukah atau manusia?Adoi.

Bercakap pasal sejarah,hidup saya selama kira-kira 21 tahun di samping kebolehan untuk membezakan yang baik dan yang buruk selama 17 tahun sebetulnya sudah lebih-lebih mampu buat saya bersyukur dengan nikmat Allah.Kalau akal,hati,deria,anggota badan dan segala macam nikmat yang Dia kurniakan saya gunakan semaksimanya mungkin Nurhidayatul Husna Bt Johari sudah jadi orang paling hebat pada hari ini.Tapi macam saya kata tadilah,menyesal pun tiada gunanya.Perlu lakukan sesuatu.Kata orang Jawa sometimes a little change can make a big difference.Betul juga.

Tiba-tiba mahu berterima kasih pada hidup-hidup saya sebelum ini.Dan semestinya segala pujian untuk Allah Sang Pemberi Hidup.Semoga sejarah dan pengalaman bisa mematangkan kita dan memandu kita ke jalan yang benar dan diredhaiNya (ayat macam kenal ;p ).


Terima kasih.Terima kasih.Terima kasih.


.

Friday 29 May 2009

Bulan


Awang Bulan duduk di beranda rumah.Malam ini bulan terang.Senyum.Bulan memang banyak berjasa pada dunia.Bulan rela terbelah dua membuktikan kerasulan Muhammad di hadapan musyrikin.Bulan juga yang dicari orang sebelum dan sesudah Ramadhan.Tanpa bulan,matilah malam.Tidaklah keluar manusia kerana takutkan kegelapan.Ia tak pernah lupa tanggungjawabnya,walaupun terpaksa meminjam cahaya dari matahari.Sedang manusia terus-terusan lupa amanah yang terpikul di bahu sendiri.Awang Bulan kagum dengan Pencipta Sang Bulan.Dek kerana gemilang sinarnya,Spaniard tanpa ragu-ragu menamakan sebuah kawasan di Sorsogon,Filipina dengan nama Bulan.Tidaklah juga Awang Bulan mengibaratkan isterinya seperti bulan kalau bukan kerana sinarnya yang menawan.Walaupun nyatanya gelap dan berkawah-kawah,ia tetap nampak cantik di mata manusia.

Huh,anak muda zaman sekarang memang tidak tahu menghargai bulan.Disuruh pula bulan jadi saksi cinta mereka yang belum pasti pengakhirannya.Dia dan isterinya dulu dipertemukan oleh keluarga tanpa cinta tapi dipupuk ketika bulan madu dan nah,boleh juga kekal hingga sekarang.

Bulan oh bulan.Kau punya banyak sejarah,banyak kisah,jasamu juga banyak.Awang Bulan tak pernah rasa kekurangan.Dia tetap merasa nikmat walau tak akan mampu sentuh jasadnya.Menyentuh ia pun mustahil,inikan pula mengharap bulan jatuh ke riba.Ah...Awang Bulan malas mengimpikan perkara yang mustahil,takut jadi macam Pungguk,yang rindukan bulan itu.

Lebih baik dia memikirkan cara,bagaimana tanahnya bisa menyokong bulan.Kerana padanya,bulan saja yang mampu bawa kemajuan,yang berlandaskan Islam.Kepimpinan yang bersih suci,berkat dengan keredhaan Sang Pencipta.Awang Bulan berusaha sehabis daya supaya orang ramai tahu matlamat bulan.Ini bukan kerja mudah.Mungkin satu hari nanti,rakyat akan celik hati juga.Sabarlah.Tak lari Gunung Bulusan dikejar.

Awang Bulan bingkas bangun.Dia perlu tidur awal.Esok tenaganya perlu dikerah.Banyak lagi tempahan wau bulan yang perlu dia siapkan.Sebelum menguak daun pintu,sempat dia menjeling bunga anggrek bulan yang mekar di laman.Semoga kasihnya pada bulan sentiasa mekar seperti bunga itu.Dan setianya pada bulan teguh seperti setianya rakyat Indonesia pada bunga kebangsaan mereka yang satu ini.


.

Thursday 14 May 2009

Historical Roots of the Nursing Profession In Islam


Rufaidah Bint Sa'ad
by Prof Dr Omar Hasan Kasule,Sr.

Abstract
This short paper presents the history of Rufaidah, the first professional nurse in Islamic history. She lived at the time of the Prophet Muhammad (PBUH) in the 1st century AH/8th century CE. Her history illustrates all the attributes expected of a good nurse. She was kind and empathetic. She was a capable leader and organiser able to mobilise and get others to produce good work. She had clinical skills that she shared with the other nurses whom she trained and worked with. She did not confine her nursing to the clinical situation. She went out to the community and tried to solve the social problems that lead to disease. She was a public health nurse and a social worker. Rufaidah is an inspiration for the nursing profession in the Muslim world.


Rufaidah bint Sa'ad
Rufaidah bint Sa'ad, is recognized as the first Muslim nurse. Her full name was Rufaidah bint Sa'ad of the Bani Aslam tribe of the Khazraj tribal confederation in Madinah. She was born in Yathrib before the migration of the Prophet Muhammad (PBUH). She was among the first people in Madina to accept Islam and was one of the Ansar women who welcomed the Prophet on arrival in Madina.


Rufaidah's father was a physician. She learned medical care by working as his assistant. Her history illustrates all the attributes expected of a good nurse. She was kind and empathetic. She was a capable leader and organizer, able to mobilize and get others to produce good work. She had clinical skills that she shared with the other nurses whom she trained and worked with. She did not confine her nursing to the clinical situation. She went out to the community and tried to solve the social problems that lead to disease. She was both a public health nurse and a social worker.


When the Islamic state was well established in Madina, Rufaidah devoted herself to nursing the Muslim sick. In peace time she set up a tent outside the Prophet's mosque in Madina where she nursed the sick. During war she led groups of volunteer nurses who went to the battlefield and treated the casualties. She participated in the battles of Badr, Uhud, Khandaq, Khaibar, and others. Rufaidah's field hospital tent became very famous during the battles and the Prophet used to direct that the casualties be carried to her.


At the battle of the trench (ghazwat al khandaq), Rufaidah set up her hospital tent at the battlefield. The Prophet Muhammad (PBUH) instructed that Sa'ad bin Ma'adh who had been injured in battle be moved to the tent. Rufaidah nursed him, carefully removed the arrow from his forearm and achieved hemostasis. The prophet visited Sa'ad in the hospital tent several times a day. Sa'ad was to die later at the battle of Bani Quraidhat.


Rufaidah had trained a group of women companions as nurses. When the Prophet's army was getting ready to go to the battle of Khaibar, Rufaidah and the group of volunteer nurses went to the Prophet Muhammad (PBUH). They asked him for permission "Oh messenger of Allah, we want to go out with you to the battle and treat the injured and help Muslims as much as we can". The Prophet gave them permission to go. The nurse volunteers did such a good job that the Prophet assigned a share of the booty to Rufaidah. Her share was equivalent to that of soldiers who had actually fought. This was in recognition of her medical and nursing work.


Rufaidah's contribution was not confined only to nursing the injured. She was involved in social work in the community. She came to the assistance of every Muslim in need: the poor, the orphans, or the handicapped. She looked after the orphans, nursed them, and taught them.


Rufaidah had a kind and empathetic personality that soothed the patients in addition to the medical care that she provided. The human touch is a very important aspect of nursing that is unfortunately being forgotten as the balance between the human touch and technology in nursing is increasingly tilted in favor of technology.


History has recorded names of women who worked with Rufaidah: Umm Ammara, Aminah, Umm Ayman, Safiyat, Umm Sulaim, and Hind. Other Muslim women who were famous as nurses were: Ku'ayibat, Amiinat bint Abi Qays al Ghifariyat, Umm 'Atiyyah al Ansariyat, and Nusaibat bint Ka'ab al Maziniyyat.


.

Tuesday 12 May 2009

Rakyat yang kejauhan

Sejak akhir-akhir ini saya jadi lemas dengan isu yang melanda negara saya sendiri.Bukan mahu menegatifkan mana-mana pihak sekadar menyuarakan rasa simpati saya pada rakyat (saya juga rakyat!) yang berada di tengah-tengah antara keadilan dan kuasa.Ha?Kenapa antara keadilan dan kuasa.Yalah,kuasa telah sebetulnya menguasai kebenaran dan keadilan.

Demokrasi

Demokrasi bererti pemerintahan oleh rakyat melalui wakil-wakil mereka (wakil rakyat).Tapi saya keliru sejauh mana negara saya melaksanakan demokrasi?Sebagai contoh isu PPSMI baru-baru ini.Rakyat bermati-matian memperjuangkan suara mereka supaya program ini dimansuhkan.Kesal saya dengan sikap pemimpin yang terus-terusan mempertahankan sedangkan rakyat terutamanya pelajar melaluinya dengan perit dan keciciran.Ini isu serius.Jika tidak masakan A. Samad Said mempertaruhkan gelaran 'Sasterawan Negara'nya demi perjuangan ini.Khabarnya PPSMI mahu dikaji semula.Harapnya ada sesuatu yang berhasil bukan sekadar masuk telinga kanan,keluar telinga kiri saja.

Tidak lama selepas itu isu politik di Perak pula.Dengan penyingkiran Datuk Seri Ir. Nizar sebagai Menteri Besar dan diganti dengan orang lain sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira tindakan rakyat,saya pelik.Yang mahu diterajui adalah rakyat bukan pemimpin atasan.Jadi lebih wajar sekiranya sang pemimpin dipilih oleh golongan itu sendiri bukan dilantik oleh pihak atasan semata-mata mahu menjaga kedudukan mereka di negeri ini.

Yang paling hangat sekali tentunya kisah kekecohan semasa persidangan DUN Perak hari itu.Di dalam berlaku rampasan jawatan Speaker manakala polis menangkap orang ramai yang mengerumuni kawasan sekitar luar dewan,yang hairannya orang-orang yang datang mahu minum teh juga diheret sekali.Itu belum dikira tahanan ISA yang disumbat ke penjara tanpa perbicaraan dan dikeluarkan tanpa penjelasan.

Saya kira sistem demokrasi negara telah dicemar lantaran nafsu menguasai diri.Lalu yang terima padahnya siapa lagi kalau bukan anak-anak yang belajar di sekolah,ibubapa yang mencari rezki menyara keluarga,kakitangan negara yang melaksanakan arahan,golongan-golongan yang faham yang memperjuangkan,pendamba-pendamba keadilan.Senang cerita,rakyatlah..

Saya mohon saya masih boleh bertahan dengan tanah ini.Saya juga mohon pemimpin boleh bertindak dengan adil tanpa gila kuasa atau pangkat,wakil rakyat benar-benar bertindak sebagai wakil kepada rakyat serta media yang paling cemerlang menghubungkan rakyat dan hal negara,bersikap neutral dalam paparan.Negara tanpa keterlibatan rakyat akan melalui saat-saat kejatuhan.Kami tak mahu itu.Kami mahu rasa yakin dan berbangga punya sebuah kerajaan perpaduan.Jangan sampai lagu 'Bumi Bertuah' ditukar liriknya sudahlah.



.

Tuesday 5 May 2009

Oh day,it has many ways!


1.Alhamdulillah.Parasit Practical Exam went smooth today.I don't know (I don't wanna know actually) either I got it all right or not.I don't wish to have some kind of fretful feeling by knowing my mistakes after I've got it all done.Let bygone be bygone lor...

2.We gave a visit to Ummi Mahmud's house and got the opportunity to have an Egyptian lunch together.The best part was indulging the white bread with carrot jams which you never find it in Malaysia,I think so.Trust me,it tastes awesome.

3.Bolognaise spaghetti?Get everyone fantasizing the delicious minced meat with tomato sauce and cheese.Making bolognaise at home wasn't so hard after all,provided I do it with Piah.Thanks hunn (*hugs and kisses*).

4.Bella is very lucky to have her mom came all the way from Malaysia to be with her in Zagazig,even only for a week.And now I miss my Mom!

5.It is time to get prepped with Pathology.Have tons of things to be settled:Answering the slide cards questions,memorizing the descriptions on slides and jars,and also eyeing those slides under the microscope.Huhu..got to go...



Peace!

Sunday 3 May 2009

Cerita

selesai babak pertama,

belum tamat jalan cerita,

merdeka masih belum tiba,

lalu pelakon tekun bekerja,

agar hati puas berkata,

pentomen ini sangat berjaya.



Tuesday 28 April 2009

Study...


"The noblest exercise of the mind within doors and most befitting a person of quality,
is study"

~William Ramsay



Sunday 26 April 2009

Retorik Cinta


Siapa sangka perbualan bersahaja petang itu antara Hana,Huda dan saya mengenai kesibukan kerja bisa menghasilkan ini,ini, dan ini.Hakikatnya berada bersama teman-teman yang semakin matang,pasangan berkahwin yang lebih berpengalaman serta Mak Abah yang semakin terbuka dalam perbualan membawa saya kepada satu hipotesis yang mungkin boleh diterima sebagai teori : Perkahwinan bukan setakat menghalalkan yang haram tetapi merupakan satu kombinasi cinta, tanggungjawab dan pengorbanan.Ini bukan symptom exam segala tapi mahu membuka mata kalian realiti seorang doktor muslimah yang hidupnya telah diatur untuk diwakafkan kepada keluarga,masyarakat serta agama.

Gelaran doktor muslimah tidak susah untuk dicapai tapi tidak pula senang untuk dilaksanakan.Membayangkan kehidupan seorang doktor muslimah yang sebahagian besar masanya perlu diisi dengan merawat pesakit di samping meneruskan perjuangan Sang Rasul,bagaimanakah penerimaan orang-orang terdekat tentang kesibukan saya melaksanakan amal Islami yang saya yakini ini?

Mak dan Abah?

Serasa Mak dan Abah sudah awal-awal lagi memahami kesibukan yang bakal mengelilingi anaknya ini.Mengizinkan saya mengambil bidang perubatan bererti merelakan saya berada lebih lama di luar rumah berbanding di dalam rumah kami,merelakan diri mereka tidak selalu dihubungi lantaran benua yang memisahkan,merelakan anaknya ini disibukkan dengan ilmu dan tugas daripada menjenguk mereka di kampung.Semuanya dilakukan dengan kerelaan.Sabarlah sayang.Bukan saya tidak tahu deritanya hati Mak dan Abah tapi ini pilihan saya,ini pilihan kita dan saya tidak mahu kita menyesal dengan keputusan ini.

Adik?

Kesian adikku yang seorang ini.Kakaknya tidak mampu menjadi seperti kakak orang lain.Yang boleh dijadikan tempat bermanja dan membelai mesra,yang sentiasa berada di sebelah membantu adiknya memahami pelajaran,yang boleh ditelefon bila-bila masa menuntut kata-kata semangat dan perangsang sewaktu dia jatuh dan putus asa.Tapi insyaAllah kakak berusaha sehabis mampu menjadi kakak terbaik buatmu.

Namun saya yakin sesibuk manapun saya,mereka tetap mencintai saya dengan penuh kasih sayang,tanpa syarat!

Tapi bakal Akhi (fulamak..akhi la pula) nanti adakah dia akan memahami?

Perbincangan bersama Hana dan Huda membawa kepada satu konklusi yang jelas lagi nyata : Mencari yang memahami.

  • Faham menjadi suami kepada seorang doktor bukan satu status yang patut dibanggakan bahkan dia perlu berasa rendah diri kerana pasangannya ini tidak seperti isteri-isteri orang lain
  • Faham bahawa masa untuk bersama itu terhad lantaran tugas di hospital menuntut si doktor berada tepat pada waktunya
  • Faham penglibatan si isteri dalam gerakan Islam sepertinya mesti diizinkan agar agama bisa dimartabatkan kembali
  • Faham si isteri kadang-kadang perlu keluar rumah bertemu masyarakat menyampaikan kefahaman serta pengamalan Islam secara sahih
  • Faham bahawa hidup ini perlu lebih kepada memberi dari menerima dalam segala hal termasuk dalam hal rumah tangga
Zaman dulu Rasulullah dan Siti Khadijah lebih sibuk dari kita tapi bukankah mereka bahagia dan merupakan pasangan terbaik sepanjang zaman?Mencari pasangan yang sangat memahami itu super penting dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga tapi jangan pula sibuk mencari hingga membawa kita ke kancah maksiat dan zina.Yang penting teguhkan rasa kehambaan dan kuatkan pergantungan pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.

Katakanlah:"Jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri,kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At-Taubah:24)



Sunday 19 April 2009

Anis,saya mahu exam jugalah

Jumaat hari itu saya ke Mansurah dengan teman-teman.Untuk Smart Circle (SC) terakhir sebetulnya.Selalunya naqibah yang datang ke sini tapi kali ini mahu buat istimewa sikitlah,kami pula yang ke sana.Kelakarnya kami silap masuk markas,yang betulnya markas II tapi kami masuk markas I.Sayalah yang silap (kawan-kawan maafkan saya yang pelupa ini).Seronok campur sedih.Mungkin ini kali terakhir kami dapat berkumpul bersama sebelum masing-masing sibuk dengan final exam.Buat kak Syikin,kak Halimah dan Ummi,terima kasih banyak-banyak untuk tahun ini.Lain kali kita jumpa lagi ya kakak.

Exam.Tentunya semua pelajar tak kira di peringkat mana sekalipun akan jadi risau dan takut.Mana tidaknya exam salah satu penentu sejauh mana kita melaksanakan amanah yang diberi oleh Allah,ibubapa,penaja,rakyat Malaysia serta sejauh mana kesungguhan kita menuntut ilmu.

Perkara paling penting dalam kita belajar ini adalah niat.Adakah niat kita mengulangkaji ini hanya kerana mahu berjaya dalam peperiksaan saja atau tidak mahu kertas jawapan nanti kosong tanpa catatan atau kerana Allah?Ingatlah,setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah.

Faham tanggungjawab kita.Manusia diciptakan ke bumi adalah sebagai khalifah.Jadi kita punya tanggungjawab dalam meneruskan perjuangan menegakkan agama kita.Saya dan beberapa kawan saya punya tanggungjwab memartabatkan kembali Islam dalam bidang perubatan,kamu dalam bidang kejuruteraan,kamu dalam bidang agama,kamu dalam bidang pendidikan dan kalian yang lain dalam bidang masing-masing.Maka belajar ini bukan perkara main-main dan boleh diambil mudah.Kita punya tanggungjawab yang lebih besar selepas ini.

Dalam hadis Rasulullah SAW disebutkan :
Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW,"Ya Rasulullah,sudahkah dikenal para penduduk neraka dan penduduk syurga?"Jawab Baginda,"Sudah".Lalu ia kembali bertanya,"Kalau begitu untuk apa manusia beramal?"Rasulullah SAW menawab,"Mereka beramal untuk apa dia dciptakan dan menurut apa yang dimudahkan baginya". (Hadis Riwayat Bukhari).


Teringat dalam SC Jumaat hari itu kak Syikin pesan,jaga solat.Abah juga selalu pesan,jaga solat.Katanya ini perkara pertama yang akan ditanya di akhirat nanti.Kalau tanggungjawab yang ini pun tak dapat dilaksanakan apatah lagi tanggungjawab yang lain.Solat juga akan memelihara hati,mata,tangan,kaki,mulut serta anggota lainnya dari melakukan maksiat.Mengikut pemerhatian sayalah,mereka yang tak menjaga solat ini akan bermudah-mudah saja dalam urusan hariannya yang lain.Samalah macam saya,itulah ambil ringan lagi hal solat.

Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Rasulullah SAW bersabda :
Allah berfirman: Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu.aku sungguh-sungguh telah berjanji sengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab memasukkannya ke dalam syurga.Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Kejayaan tak akan dicapai tanpa usaha.Mana mungkin bayi itu mampu berlari kalau dia tidak usaha bertatih dan berjalan terlebih dahulu.Begitu juga kita.Mana mungkin kita berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dengan duduk goyang kaki saja.kata Imam As-Syafie,"berpenat lelahlah untuk kebaikan kerana pada akhirnya kebaikan itu akan datang dan penat itu akan hilang".Sabarlah kawan.Memang kejayaan yang manis itu memerlukan usaha sepahit hempedu.

Seterusnya,perbanyakkan permohonan kepada Allah dan bertawakal kepadanya.Rasa kehambaan dan pergantungan kita kepadaNya akan mendorong kita supaya yakin dengan pertolongan Allah serta redha dengan apa saja ketentuanNya.Teringat kata-kata sahabat saya dulu,"Kejayaan yang sebenar bukan pada slip keputusan peperiksaan itu tetapi terletak pada usaha kamu yang tak pernah kenal erti penat dan doa serta rintihan kamu pada Allah yang tak putus-putus untuk mencapai kejayaan itu".

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku maka sesungguhnya Aku dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran. (Al-Baqarah:186)

Aduh sudah banyak masa yang saya bazirkan,kalaulah masa boleh diundur kembali...Hei ini bukan masa mahu menyesal,bukan masa mahu merenung kembali masa silam.Yang ditarget nun di hadapan sana.Sudah,berhenti melakukan perkara-perkara yang tak menyelesaikan masalah tu,jom study!



Friday 27 March 2009

Panas berteduh,gelap menyuluh

Sebetulnya saya mahu menceritakan pengalaman saya ketika zaman beruniform dahulu.Terbaca post terbaru Hana dan ada pula ajakan beliau supaya saya dan Anis turut mencoret cerita-ceritu zaman kami bersama.Mengenang kembali pahit manis masa remaja buat saya gelak sendiri.Siapa kata zaman sekolah tak seronok?(mana ada orang kata,saya saja-saja buat cerita).

Ketika mendapat tawaran dari SMKA Slim River,satu perkara yang bermain di fikiran.Wujudkah sekolah itu di sini?Tak pernah dengar pun (betapa di bawah tempurungnya saya).Atas seruan Mak dan Abah saya terima walaupun ikutkan hati saya mahu bersekolah menengah biasa saja dan paling penting duduk di rumah bukan di asrama.Pada mulanya mengharungi hidup sebagai penghuni asrama amatlah berat pada hemat saya.Serasa menjadi Wartawan TV3 itu lagi mudah kerjanya dari mencuci pakaian sendiri dan terpaksa beratur untuk menjamah lauk tengahari.Tapi kata Tok Pura bila mahu pandai kalau tak belajar buat sendiri?Betul juga.Teringat satu cerita.Akibat rindu yang terlampau turunlah saya dan Nana ke pondok telefon dengan hajat mahu menelefon orang tersayang (mereka adalah Mak dan Abah ya,jangan berfikiran nakal pula).Sampai ke destinasi terdengar sahabat saya yang lain teresak-esak menangis di telefon mengadu perit jerihnya tinggal sendiri di asrama tanpa Pa dan Ma.Hati kami yang riang gembira ini berubah sedih.Menjiwai perasaan sahabat yang kononnya senasib buat kami tersedu-sedu kesedihan di pondok berdekatan.Alahai Husna,kau bukannya disuruh berperang.Baru saja dihantar ke asrama sudah meraung bagai.

Bercakap perihal sekolah saya jadi rindu sama kawan-kawan saya dulu-Hana,Lynn,Fatin, Amy,Izzah,Nana,Anis Z,Anis S dan Yati.Jika seorang memakai tudung biru,semua akan bertudung biru.Jika seorang memakai jubah,semua akan memakai jubah.Tidur sedorm,bergerak ke kelas sekali,duduk di bilik prep juga sekali,makan sekali,solat di masjid sekali,melepak sekali,senang cerita semua yang kami lakukan sekalilah.Pernah satu ketika kami bina telefon dari cawan dan tali untuk memudahkan kami berhubung dari dorm di tingkat tiga ke bilik prep di tingkat bawah (Peraturan:dilarang membawa telefon selular ke sekolah).Satu peraturan yang Hana tidak setuju dan ehem,saya adalah memakai tudung dilipat bulat secara total tanpa ada ruang-ruang zarah di sebelah atasnya.Kami juga dikehendaki memakai pin supaya nampak kemas.Sesiapa yang tidak pakai dan nasibnya tidak baik akan distapler oleh warden.Perlu pula berkumpul di dataran setiap kali sebelum kelas pagi,prep petang dan malam.

Nak berkhabar,dulu di sekolah saya lelaki berjalan (Walkman?) dan novel amatlah dilarang untuk dibawa ke asrama.Dan saya dengan kedegilan dan kekerja-gilaan tetap membawanya tanpa rasa bersalah (saya memang suka baca novel,lalu bagaimana?).Tanpa diduga pengawas membuat spot check pada satu malam.Kalau yang disorok dalam tin biskut pun boleh terkantoi inikan pula yang di bawah bantal.Walkman saya juga turut terkorban dalam kejadian itu.Apalagi mengamuklah Ustazah Arbaayah terhadap anak-anaknya yang berbuat salah ini.Ampun ustazah,saya tak buat lagi.Disiplin asas kejayaan dan amanah asas keberkatan.

Setiap petang selepas prep kami perlu berkumpul di bilik TV untuk sama-sama membaca Al-Ma'thurat.Ada satu hari,entah makhluk apa yang menghasut,saya dan kawan-kawan bercadang mahu duduk di dorm saja.Sedang berehat-rehat tiba-tiba terdengar derapan kasut di kaki lima."Alamak kakak BADANI datanglah!"Dengan pantas dan tangkas kami menyelusup masuk ke dalam locker masing-masing.Maka jadilah kami menyorok di dalam locker.Nasib kami baik kerana tidak tertangkap (untuk kali ini).

Itu baru saya ceritakan beberapa perkara.Belum lagi kisah kami menonton Juara Lagu di bilik TV ketika waktu prep malam dan ditangkap Ketua Warden,perihal si Gie (bukan nama sebenar) yang tertidur di kawasan sekolah tanpa seorang pun menyedari sehinggalah kami selesai membaca Al-Mulk di dorm masing-masing,cerita panjat pagar jam 4 pagi untuk mandi di kawasan sekolah ketika ketiadaan air dan banyak lagilah.Namun saya bersama orang-orang ini hingga Januari 2005 saja.Abah perlu berpindah pejabat dan semestinya beliau membawa keluarganya sekali.

2 Februari 2005 saya mendaftar masuk ke SMKA Sik.Berpindah ke sekolah baru dan mahu menyesuaikan diri dengan suasana baru,kawan-kawan baru serta loghat baru memang memerlukan usaha paling hebat.Nah rasakan jadi budak baru.Ahli-ahli dorm saya menyangka saya ini pelajar form 1 (adakah saya terlalu comel untuk dikatakan form 5?haha).Yalah mana ada pelajar baru masuk sekolah ketika form 5 kecuali saya.Mula-mula saya jadi takut-takut untuk membuka suara.Mahu berbahasa biasa rasa janggal,mahu berloghat Kedah takut silap pula.Nasib baik ada Fatin,Kimah,Nisa,Jaa,Aini,Fizah dan Shud.Boleh juga belajar-belajar loghat utara.Sekolah baru saya ini lebih dekat dengan rumah.Hanya 20 minit saja memandu kereta berbanding Slim yang mengambil masa selama 2 jam (itupun jika tiada jam di Bidor).Kadang-kadang kerana 20 minit inilah saya jadi agak cuai dan dimarahi Abah.Pernah saya tertinggal beg sekolah dan kunci locker di rumah dan Abah terpaksa pulang semula mengambilnya.Dan tentang masalah bahasa awat?ingat kami tak buleh-buleh cakap Kedah lagi ka?la ni dah terer dah la (btoi dak Piah?).

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya pada zaman persekolahan dahulu.
Sekolah mengajar saya tentang pentingnya menjadi orang berilmu,
sekolah menyedarkan saya betapa perlunya seorang Muslim mencapai kejayaan,
sekolah menyemai hati saya menghargai pengorbanan ibubapa dan guru,
sekolah mendorong saya membina ukhwah fillah yang teguh kukuh bersama rakan-rakan,
sekolah mendidik saya supaya patuh pada disiplin dan peraturan hidup,
wahai SMKASR dan SMKAS,
terima kasih kerana sudi menjadi tempat untuk saya berteduh ketika panas dan penyuluh ketika gelap.



Wednesday 18 March 2009

Siapa kata Mesir tandus seafood?

AMARAN: Post kali ini berupa sangat lazat.Pastikan sebelah anda ada Chewy Dragees Mentos atau anda sedang kekenyangan untuk mengelakkan excess salivation or craving.

Kalau berjalan ke Alexandria,jangan lupa singgah di Hosni Seafood Restaurant (bukan restoran adik saya).Makan seafood di tanah ini baru boleh dikira betul-betul melawat Alex.



Orang Arab makan kepah ni mentah-mentah saja

Nasi ini nampak saja sikit tapi kami makan berdua..dan kenyang


Pertama kali rasa tohinah berempah


Kalamari Tagen kali kedua selepas di Sinai


Nah..hidangan dah tersedia

Harganya kalau boleh buat kami tidur lena malam itu tanpa risau kepala dan resah hati,kira okayyylah.

Teringat Kak Huda,Kak Am,Qudus,Kak Syikin dan Ust Mail layan kami macam keluarga sendiri.Betul kata orang,ukhwah itu manis kerana manisnya kasih sayang.Rindu kalian.Bila mahu ziarah Zagazig pula?

Monday 16 March 2009

Kisah pengalaman ngeri dan bahasa yang satu

Di bawah adalah sebuah karangan pelajar UPSR yang saya ambil dari blog Faisal Tehrani.Bukan mahu menegatifkan mana-mana pihak.Sekadar mahu membuka mata,mencelikkan hati kalian terhadap nasib bahasa yang satu ini.

***

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


***

Apa perasaan kalian?Saya sedih.Kalau ini natijahnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris,saya betul-betul sedih.Ini baru saya,ini baru kita.Apa gamaknya perasaan sasterawan negara kalau mereka membacanya?Nyata Bahasa Melayu kini semakin hari semakin terhakis dari jati diri rakyat 'Tanah Melayu'.Benar untuk berada seiring dengan kemodenan global,kita seharusnya menguasai Bahasa Inggeris.Tapi ini bukan bermakna bahasa yang satu lagi dipinggirkan,malah dimansuhkan dalam sesi pengajaran.Yang betulnya sesi pengajaran Bahasa Inggeris itu diperhebat,diperkuat.Bukan dijadikan bahasa pengantar untuk dua subjek kritikal di sekolah.Sudahlah mahu memahami silibus,mahu menghafal istilah-istilah sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris lagi.Alahai kesian sama budak sekolah kampung dan pedalaman,yang ratanya kurang mahir 'bahasa orang putih' padahal mereka juga boleh menjadi seseorang bila besar nanti.Ya saya betul-betul maksudkan istilah seseorang itu.Buktinya Syeikh Muzaffar dulu pun belajar Sains & Matematik dalam Bahasa Melayu tapi boleh juga jadi Angkasawan Negara,Prof Muhammad Haji Salleh boleh juga jadi Sasterawan Negara dan penulis puisi Melayu/Inggeris atau Ibnu Sina yang masih menulis berpuluh-puluh kitab perubatan dalam bahasa Arab sedangkan dia berkebolehan berbahasa Greek.Kualiti insan bukan hanya terletak pada sains,matematik dan bahasa Inggeris saja tapi merangkumi kepercayaan pada agamanya,ilmu dan pengalaman yang diaplikasi dalam kehidupan seharian,etika dan moral dan tidak kurang pentingnya keyakinan pada jati diri masing-masing.Padanlah Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ,PAS dan pembela-pembela bahasa memperjuangkan hak yang satu ini.Ini bukan sekadar isu sekolah tapi isu tamadun dan jiwa Malaysia,lebih-lebih lagi bangsa Melayu.




Friday 13 March 2009

Get Tagged

Whoaa..Tinta become so damn boring lately.It has been a month I didn't hit the blog.Poor mine!Just wanted to solve the tags Hana and Kay asked me to do so.Ok here the instructions :

1.Go to your photos folder in your computer.
2.Go to the 6th folder of photos.
3.Go to the 6th picture in that folder.
4.Put the picture on your blog and describe about it.
5.Invite six friends to join the challenge.
6.Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Here we go -> Cleopatra Beach in Matruh or I should call my 'hot' summer vacation (hot?I really mean it).4 of us went there during last summer vacation as we decided to be a Loyal Egyptian-Malaysian 2008.I think Mira did the best and the title goes to her (congrates!).Maybe the picture means nothing to you but see guys,its unpolluted!Thought that Egypt don't have any blue sea water but Matruh?Such a big surprise yeay.Keep wading the wavy ocean and you will reach Cleopatra's Shower about 10 meters from the beach.The heavy ocean striking the huge rocks exactly like the shower we use every day in home.I think Cleopatra really enjoy showering just like Sizuka.That's why she had another 3 springs in Siwa'.That day Yana became the 2nd Cleopatra as she fell down the ground and got wet.Poor Yana and poor beach to be kissed by Yana.Oh..there's a Cleopatra statue in front of the gateway.She is quite pretty for me.I like her eyes and the way she lined them with kohl.Kind of unique and artistic actually.Khansa' was the one busy snapping the pictures of all entire views.If you feel like encountering such a blue unpolluted sea water,shiney whitey sandy beach or historically ancient monuments and buildings,Matruh Siwa' would be the perfect place to visit.If you wanna see more pics on Matruh,don't waste time googling.Just give a knock on my door and I'll show you all.And also don't forget to grab a bottle of Afzan's Kicap costs only LE5 before leaving (ongoing promotion ha-ha).

Those are 6 prettiest woman in the world tagged by me :
Vye
Zahida
Anis Shafikah
Husna A.Bakar
Hakimah
Maksu



Monday 2 February 2009

Cutiku bukan cutimu...masing-masing cuti la.

Langit Zagazig cerah hari ini.Tapi langit cerah Zagazig tak mampu menerangi hati saya yang kelam.Lega,risau,sedih.Lega kerana midterm exam telah pun berakhir.Sebetulnya ada lagi satu paper lepas cuti tapi bukankah satu lebih sedikit dari tiga?Risau saya dengan keputusan yang akan keluar nanti.Sedih kerana rancangan kami perlu dibatalkan.Hukum mengatakan perempuan tidak boleh bermusafir tanpa mahram,kecuali dengan situasi tertentu.Kalau ikutkan hati mahu saja saya tutup mata dan pergi.Namun kata orang ikut hati mati.Saya belum mahu mati lagi.Amalan saja baru sedikit.Bagaimana mahu jumpa Tuhan kalau amalan pun sedikit?

Saya garu kepala yang tak gatal.Ke mana mahu pergi cuti-cuti begini?Yang pasti saya tidak boleh ke luar negara.Kononnya melancong mahu dijadikan hobi baru namun perintah Tuhan harus saya patuhi.Cukuplah azab sebagai peringatan.Tunggulah sehingga saya berkahwin nanti.Berkahwin?Saya senyum sendiri.Lambat lagilah...

*****

30 Januari 2009

Pagi-pagi lagi Huda sudah menyediakan sarapan untuk Syifa'.Tenaga perlu dijana.Maarad Kutub jadi sasaran.Melawat Pameran Buku Antarabangsa Kaherah sudah menjadi kerja wajib saya dan kawan-kawan setiap kali cuti winter tiba.Chicken Soup For The Soul saya capai dan bayar.Cukuplah sebuah tahun ini.Sekurang-kurangnya lebih baik dari tahun lepas (tahun lepas saya beli permainan Rubiks sahaja).Masa memaksa saya bersegera ke 'Asyir.Kita ada kerja malam ini.

Bertuah.Saya kira malam ini malam bertuah.Ceramah Umum yang dihadiri menghadiahkan sesuatu buat saya.Mana tidaknya,saya berpeluang bertemu Dr Lo' Lo' secara in person.Kagum dengan semangat doktor ini yang bergiat cergas dalam misi kemanusiaan dan dakwah.Mahu berbakti untuk agama katanya.YB Salahuddin Ayub,Dr Hatta Ramli dan peserta rombongan Yayasan Amal Malaysia ke Palestin juga ada.Ya.Saya mahu jadi seperti mereka.Hati saya tersentuh,minda berfikir.Walau apa yang berlaku,agama tetap nombor satu.

Kak Sya,Kak Sya.Saya fikir kita akan bertemu di Tanta satu hari nanti.Rupanya Kaherah jadi pengganti,Dataran 'Asyir jadi bukti.Kak Sya sayang yang dirindui,saya bertemu dia di sini.Tapi dengan status baru.Kak Sya sudah berumah tangga dan saya satu anak tangga pun belum ada lagi.Saya peluk Kak Sya erat-erat.Air mata saya menitis.Kak Sya pelik barangkali.Padahal baru 2 3 bulan tak berjumpa.Sejak akhir-akhir ini saya jadi sangat sensitif.Mungkin kerana terlalu merindui Mak di Malaysia.Entahlah.

*****

Saya garu lagi kepala yang tak gatal.Baru tadi otak berfikir.Mahu ke mana cuti-cuti begini sedangkan dalam sehari saja sudah dua tempat saya pergi.Dan kedua-duanya memberi makna paling hebat pada saya.Astaghfirullah.Kadang saya jadi terlupa pada rancanganNya.Bukankah perancangan Dia yang terbaik?Ini buktinya.Jika tidak mungkin saya berada di rumah saja malam itu.Sibuk mengemas barang melancong barangkali.Oh saya perlu habiskan bacaan Syabab Musafir Kasih sebelum pulangkan pada tuannya.Pergi dulu.


Tuesday 20 January 2009

Eid Milad Ya Habibti...!





Selamat ulangtahun kelahiran Piah...saya sayang kamu...



Monday 19 January 2009

Say no to drugs,say yes to chocolates (exam mode)







Saya selalu pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini,tidak kira seorang diri atau berteman,dengan sebungkus coklat di tangan.Sebetulnya saya telah menjadi seorang penggemar coklat yang tegar.Mungkin kerana saya percaya coklat boleh menjadi teman paling lazat di sisi saya menjelang peperiksaan.Terasa mahu mencari sesuatu tentang coklat di ruang maya dan beberapa penemuan telah menguatkan kepercayaan saya pada ciptaan yang satu ini.
  • Coklat dapat merangsang tubuh melepaskan hormon endorphin. Hormon alami dalam tubuh yang menyebabkan perasaan senang dan nyaman.
  • Coklat dapat membuat kita merasa lebih baik karena mengandungi theobromine, yang dapat menstimulan susunan saraf pusat sehingga kita menjadi merasa rileks.
  • Sebatang coklat juga akan memenuhi kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh kita. Meskipun terkadang coklat kurang bagus untuk gigi, namun coklat baik untuk diambil dalam jumlah kecil dan secara teratur. Sebuah studi menunjukkan bahwa coklat baik juga untuk mendukung pertumbuhan tulang dan proses penyembuhan
  • Coklat juga mengandungi serotonin dan caffein yang memberikan energi bagi tubuh serta berfungsi sebagai anti depressant.
  • Coklat juga mengandungi antioksidan dikenali sebagai fenol yang mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (LDL).Lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.
  • Satu hal lagi, kadar theobromine yang terkandung dalam coklat aman bagi tubuh kita. Tetapi tidak pada binatang peliharaan seperti anjing dan kucing. Kadar yang aman bagi kita boleh memberikan pengaruh mematikan pada jantung dan susunan saraf haiwan peliharaan. (Mimi,jangan bagi pada Tako Chumel ye!)
Dan yang paling penting,coklat tak menggemukkan.Faktanya tidak ada salah satupun makanan yang menyebabkan kegemukan tapi seberapa banyak jumlah yang dikonsumi,itulah yang menyumbang pada kegemukan.Khabar baik untuk kita!


Tuesday 13 January 2009

Wahai pelajar2 Zaqziq yang budiman...


Jom ramai-ramai kita masuk majlis ilmu cuti nanti...

Tarikh : 11 & 12 Feb 2009
Tempat : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah

Sesiapa yang berminat boleh bagi nama pada Abduh (ikhwah) dan saya (akhawat) sebelum 18 Jan 2009

Cepat!!!
Tempat terhad untuk 300 pelajar pertama yang berdaftar sahaja...!

Rugi kalau terlepas...!





Hari Ahad yang semalam

Semalam itu hari ahad :

seperti hari Ahad yang lain saya masuk kelas parasit

seperti hari Ahad yang lain saya akan mengajak Mira duduk bersebelahan dengan saya di makmal (mungkin kerana Mira selalu bawa makanan dan saya boleh menumpang!)

seperti hari Ahad yang lain saya belajar beberapa lagi nama parasit yang memang saya tak pernah dengar sebelum ini (dan pelik...?)

seperti hari Ahad yang lain saya dan Piah akan ke cafe hospital untuk menikmati apa sahaja makanan yang ammu jual di situ

tapi....

Hari Ahad yang semalam...

tidak seperti hari Ahad yang lain bila Ila selaku bendahari yang berdedikasi aktif mempromosikan Planner PERUBATAN dan kitab-kitabnya (cayalah Ila)

tidak seperti hari Ahad yang lain bila prorozoa pada hari itu ( E. hystolytica) sangat merisaukan minda dan perut saya (katanya Dr mudah didapati dalam makanan yang saya makan setiap hari)

tidak seperti hari Ahad yang lain bila saya tidak membeli ta'miyah batatis bil bidh kegemaran saya (dan ehem,Piah) kerana takut telah dicerobohi protozoa itu

Makanya....

saya merindui ta'miyah itu dan telah membelinya lagi keesokan hari...Hehehe...tak insaf-insaf juga ya...


Some informations about E. hystolytica :

E. hystolytica is one of the protozoan parasites that can infect human through contaminated food and water,flies or even infected food handlers.It is widely distributed in countries with poor sanitary conditions (Egypt?yeah I know..*sigh*)The infected person has nausea,anorexia,abdominal colic,bloody diarhea and other manifestations.So start practicing good eating habits to avoid those ruin-my-whole-days manifestations.


E. hystolytica....senyum sikit...Klik!