Tuesday 20 July 2010

Tak seindah biasa

Hari ini sangat gembira,esok?

Bayangkan satu hari kamu terlalu ingin makan Nasi Kandar Pelita (owh,saya dan Abah memang menyukai nasi ini) tapi bila ke sana kedainya tutup?Padahal bukan hari Ahad pun.

Bayangkan sesuatu yang lebih hebat dari nasi kandar,sesuatu yang kita sudah meletakkan jangkaan yang tinggi kepadanya.Sesuatu yang mampu menjadi memori hebat dalam hidup kita.Tiba-tiba ia menjadi jauh,terlalu jauh sejauh jarak Bumi dengan Matahari.Paling kurang pun kita akan termenung tepi tangga mengenang nasib diri.

Kecewa,kan?Saya tahu.

Tipu sesiapa yang tak pernah merasai.Kalau ada maksudnya dia bukan manusia,alien barangkali.Lekas jalani ujian DNA.

Ini mehnah orang berjuang.Kadang-kadang kita tak mampu mencapai takat aras yang kita harapkan.Kadang-kadang usaha 100% yang kita pertaruhkan hasilnya tidak seindah biasa.Tauladan kita zaman dahulu lebih hebat ujiannya.Jadi kemanisan itu harus diletak dahulu dengan kemasinan (apakah?).Baru dinamakan asam garam kehidupan.

Usah pertikai peraturan alam.

Jiwa kamu sangat hebat.Maka harus berusaha mententeramkan hati.Yakin dengan ketentuan Ilahi.Biar nikmat kali ini pergi.Saya pasti nikmat berganda akan muncul selepas ini.

Ingat ayat ini.Kita merancang Allah merancang,sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Jadi,jangan risau kawan.Allah kan ada.


Sunday 13 June 2010

Antara dua maya


Jangan mulakan,

Walaupun ia mendatangkan bahagia,

Kelak kamu akan jatuh kepadanya,

Oh tidak,alam maya!

Saya telah pun jatuh kepada Adamaya ;) sebelum ini,alam maya jangan jatuhkan saya lagi.


P/S='Kita tiada masa untuk berlalalala',suka kata-kata Izan yang ini...lalala


Friday 11 June 2010

Jenayah agama dan kemanusiaan


Wahai pelajar-pelajar Forensic sekalian,ini bukan takat loaded long bullet of automatic riffled firearm yang boleh menyebabkan blackening and tattooing of the skin sahaja.Ini peluru nuklear,hydrogen dan sulfur Israel yang boleh menghancurkan sesebuah negara.

Israel,
aku tahu kau kejam,melampaui batas,tandus manusiawi
tapi aku juga tahu kau semakin keluh kesah
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Para syuhada' Freedom Flotilla,
aura Gaza telah menyelubungi hati mereka
manusia sudah mula bangkit
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Dunia,
Protes berlaku di mana-mana
Aktivis Britain memusnahkan kilang senjata Israel
Perancis dan Jerman lantang mengecam serangan ini
Pengkalan Tentera Amerika ditutup di Jepun
Kedutaan Israel dikutuk dan dihalau
Kedutaan negara ke Israel dipanggil pulang
Pertubuhan negara Islam duduk semeja berbincang
Iran menghantar kapalnya lagi ke Gaza
Muncul pula Freedom Flotilla kedua
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Kita,
ini mungkin satu permulaan kebangkitan dunia
juga detik-detik kemenangan rakyat Palestin
atau pengakhiran satu kuasa kejam tak berperikemanusiaan

Sekiranya diizinkan Allah kemenangan ini jatuh ke atas Palestin maka berbahagialah sesiapa yang pernah menyumbang padanya dengan nikmat-nikmat yang telah dijanjikan.

Dan rugilah kiranya kita langsung tidak melakukan apa-apa sekalipun hanya dengan berdoa.



Sunday 23 May 2010

Dear day,be wise..be wise.


Got a parcel from NZ past few weeks. It was from Hana (who else?).One of the things she sent to me was a beautiful decorative NZ map with flowers and birds. Guess what? I’ve made it into frame and now it’s hanging on the wall just beside my bed. Staring at that everyday is seem not enough to thank you,Na.Next,something from German maybe? Heh

No-no. The sexual abuse issue has overwhelmed this land in ways unimaginable since 3 months ago. Latest case reported was last 2 days when an Egyptian guy suddenly showed off his ‘organ’ to my juniors. Watch out girls. Bring any weapon (blades, pepper spray,Ridsect or even the hair clips) along while you are outside. And please, don’t walk alone.


Oh,I’m now using Digsby to manage my online stuff. It is really efficient as it gets people checked with all email accounts,MySpace,Facebook and other social networks once we logged in. Plus we can just signing in multiple IM accounts through this one application. Life never been this easier,no?Here the link.

Now my family is busy preparing for Abang Fidus’s wedding.Mak told me that my room will be used as the ‘bilik pengantin’.Sadly I wouldn’t be there, it’s June. But the best part is Mak had promised me that she will send a CD of that day. Also she will let the room as it is until I’m back home.Mak is the best-lah.

Malaysian medical students in Zagazig are compulsory to spend 2 hours studying everyday. And it is required by rules (Ust Solih’s).So I should stop now unless I have to stay awake till morning. It is a good thing actually as sometimes a booster is needed for lazy people like me ngeh~~


Friday 21 May 2010

Lukis nabi cetus perang di Facebook

Contoh karikatur Nabi di Denmark

2010/05/21

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook. Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah. Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei. Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu. Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan. Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi. Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP



Sunday 9 May 2010

Hari Ibu


*****
Fatwa : Hukum Merayakan Hari Ibu

Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?

Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.

Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.

Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.

Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.

Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Sumber: http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=uQ3lCv


Friday 7 May 2010

Seperti rama-rama di dalam perut

Detik-detik sebelum peperiksaan sangat menggerunkan,kan?

Masih ada yang sudi mengisi rohani saya rupanya (terima kasih).Maklumlah dalam fatrah peperiksaan ini semua program rohani direhatkan,untuk memberi laluan menumpu pelajaran.Liqa' pagi tadi adalah satu permulaan yang sangat baik untuk sepanjang hari ini.Saya pasti.

Peringatan itu sangat kena.Antara sujud terakhir solat hajat dan solat taubat,selalu dalam solat hajat itu lebih panjang.Seolah-olah permintaan kita dari Allah lebih dari apa yang kita patut beri padaNya.Seolah-olah prinsip give & take tiada keseimbangan.Meminta yang terlalu namun memberi yang sedikit.Oh mungkin kerana ini ada permintaan-permintaan kita yang masih ditangguhkan.

Lihat dari sudut yang positif.Bukan Allah tidak tahu apa yang kita terlalu mahu itu.Tapi mungkin ini caranya Allah mahu menegur amalan kita yang sangat kurang padaNya.Tidak pula dibalas dengan dugaan dan bala.Maha Pengasih dan Penyayang kan?

Melembutkan jiwa itu sangat perlu.Ayuh,rendahkan sujud kita mengalahkan sisi Rabbi yang tinggi.Sesungguhnya diri ini hina,menjauh dari Allah sejauh dosa dan kemaksiatan yang dilakukan.Semoga taubat memberi kesempatan untuk kita mencapai apa yang tidak kita dapatkan.

Manusia harus bersama Allah dan selalu berhubungan denganNya,dan tidak menjauhiNya.
(Dr Yusuf Al-Qardhawi)


Saya akan menghadapi peperiksaan esok hari,kertas Forensic and Toxicology.Minta doakan ya!



Sunday 2 May 2010

Hari ini ada sesuatu berubah...seperti hari-hari lain

Gambar pokok di sekitar Kafr Zind yang Hana tangkap (tiada kaitan)

Semalam membantu cik Hana berpindah rumah.Kerja-kerja mengangkat tidaklah terlalu berat kalau mahu dibandingkan dengan perasaan di dalam hati.Kini Hana bukanlah lagi warga Kafr Zind.Orang Salam telah memilikinya dan dia sememangnya milik orang ramai.Hana kan pemimpin.

Sewaktu bersama mereka semalam dan kelmarin,sempat jugalah saya melalui beberapa sesi empangan pecah anjuran cik Yana.Aduh,sudahlah memang sedih.Dia pula mengeluarkan ayat-ayat pilu,siap lagu 'Bertemu dan Berpisah' macam di sekolah dulu.Apalah Yana.

Redha.Ini nama adik Piah dan ini juga ayat keramat untuk kelmarin,hari ini dan selamanya.Hayat ini,ujian itu pasti ada namun sedih itu tidak harus dipanjang-panjangkan.

"Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya."
(Surah Al-Bayyinah:8)

Sedang yang redha itu diangkat tinggi di sisiNya.Buktikan keimanan kita.Buktikan bahawa kita tidak hanya melaksanakan yang ringan tetapi juga melaksanakan yang berat untuk dilakukan.Keredhaan terhadap qadha' dan qadar bukan bermakna redha kepada keadaan yang menyenangkan sahaja.Yang sakit dan berat itu juga perlu diredhai.

Hamba tak layak mengatur aturan Allah.Justeru kita tiada hak untuk memilih apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu.Kerana pada dasarnya hak mutlak itu hanya pada Allah yang maha Bijaksana dan maha Mengetahui segala hal yang ghaib.

Allah tidak zalim.Pasti ada hikmah di sebalik segala ujian.Wahai orang yang diuji,kamu beruntung.Kerana kamu punya peluang menjadi semakin dekat dengan Yang Memberi Ujian.Hikmah pasti akan datang.Itu rahsia Tuhan.Saya tidak tahu,kamu tahu?

"Jika engkau mampu berbuat dengan keredhaan dan keyakinan maka lakukanlah.Tetapi kalau tidak mampu maka dalam sikap sabar terhadap hal-hal yang menyusahkan jiwa terdapat kebaikan yang banyak sekali."
(Hadis riwayat At-Tarmizi)


p/s=Hana rajin-rajin datang Kafr Zind ya...


Friday 23 April 2010

Mengapa agama?


"Dikahwini wanita kerana 4 perkara iaitu agama,kecantikan,harta dan keturunan.Berpeganglah kamu dengan agamanya,nescaya kamu akan selamat."
(Riwayat Bukhari)

Mengapa agama?
Faham agama aurat dilindungi
Walaupun dengan sahabat sendiri
Solat fardhu di awal waktu
Amalan sunat sehabis mampu
Quran sentiasa jadi pendamping
Adanya waktu zikir mengiring
Diam dengan yang bukan mahram
Kecuali dalam sesuatu pekerjaan
Pelajaran sungguh diambil berat
Kedudukan muslimah mahu diangkat
Muslimah hebat kaya kemahiran
Gagal sekali bukan alasan
Berlapang dada bila ditegur
Kasihkan ukhwah tiada diluntur
Mesra didekati,berbual ramah
Setiap kalam mengandung hikmah
Hidupnya dia bukan sendiri
Masyarakat sekeliling harus dikenali
Agama biar teguh dijunjung
Sepanjang hayat jadi lembayung


Ayuh...!


Thursday 15 April 2010

Malas,sila pergi.



Passionate.Walau baru beberapa hari di round Forensic,saya kira saya sedang ke arah Dr Bones Brennan dalam siri Bones.Atau Dr Bishop dalam Fringe.Atau mendiagnosis penyakit seperti Dr House.Mungkin satu hari nanti akan ada drama bersiri penyiasatan yang cerita asalnya dari saya.Wah~~ (perasan)

Menjiwai.Itu kata Kaka sewaktu kami berjalan ke dewan pagi semalam.Kata keramat barangkali.Dalam proses pembelajaran,jiwa harus menjiwai.Jadi baru otak boleh mentafsir,lalu mengingat.

Ini permainan minda.Bermain dengan emosi,bermain dengan imaginasi.Tapi bukan main-main ya.

Suka,cinta,minat itu emosi.Wahai emosi,sila hadir.Biar terbayang-bayang ketika tidur,teringat-ingat ketika bangun.Macam bercinta.Bercinta dengan encik Forensic tak mengapa,kan?

Kamu sangat beruntung lelaki.Kerana imaginasi yang tinggi itu terlalu membantu kamu mengingat.Mengolah informasi dari otak kanan ke otak kiri.Kami juga mahu begitu.Maka perlu berusaha,bukan menyalahkan hukum alam.

Use your knowledges then.Itu kata Dr Magdy Fawzy,prof ophthalmology saya.Hebat itu belum tentu jika tidak menguasai pengetahuan.Sangat betul,kan?Bagaimana mahu merawat corneal ulcer kalau tak tahu caranya.Bukan kira telan Panadol saja.

Baiklah.Perlu berusaha...gigih.

Kamu juga,ya!

"Sesungguhnya Allah menyukai seseorang daripada kamu yang jika dia melakukan sesuatu kerja dia akan bersungguh-sungguh."(Riwayat Al Baihaqi)




Friday 19 February 2010

Beritahu Aku Tentang Rindu


Tajuk post sangat jiwang...eceh


Paksu,terima kasih daun keladi bawa kami jalan-jalan


Maksu,mahu makan lontong maksu lagi boleh?


Najah and Nadhirah,don't give Abah and Ibu a hard time,ok good girls.


Sekarang sudah rindu~~


.

Monday 1 February 2010

How to be a cool teenager?

By Wikihow.

1.Think of your good qualities;you have a lot!Go in front of the mirror and say something good about yourself.

Too many things to be done while in front of the mirror.The face,dress,scarf,brooches,coat and even the sock.And now the good quality of mine.Perempuan~~

2.Compliment people you meet(if you see anything you like).Meet lots of new people and be friendly with them.

Okay let's make it nicer and beneficial as well.Haha.
Husna : Wow,beautiful brooch.Wish I had one.
Friend : Here,you can have it.

3.Be flirty sometimes.It is fun to smile at,look at, and talk to your crush or any cute guy/girl that you like.

Hoh...never-lah.Even I had a simple chat with a man at the hospital and my girlfriends kept teasing me all the way back home.Gilak.

4.Throw parties when you can and invite people from your classes.Don't let it get too out of hand though or you could be in big trouble.

Sounds good.When there is a party,there's the food;when there's the food,there is a long talk.Oh,party-food-talk is such a good combination,right?Hey people,throw a party!

5.Pay attention to classes,study and complete homework.School is important no matter what other people say.

Medical school is quite tough no matter what other people say.And the HO is tougher though.

6.Be yourself all the time,because pretending or imitating someone else is not good and not comfortable.People can spot a fake or phony.

I've tried to wear a super feminine outfit one day but my bro got stunned and said,"Kakak,this is really not you".Huh,what a bro.

7.Don't stick to one person all the time.You can have a close friend and even a best friend but if you stick to one friend at all the time,you'll never meet anyone new.

People say switching just can't happen when you've stuck to something for a long time.It's so true,right?I'm still using the pillow that Mak made 9 years ago until now.Haha.

8.Be up to have fun.If anyone suggest something to do,as along as it's legal,healthy and doesn't go against your principle,don't turn it down.

Yes...yes...like cooking rice,sardines and green beans together in one rice cooker.Legal but is it healthy?Maybe,it's green bean.

9.Make friends with energetic,fun-loving people.But this does not mean that you should ignore quieter people or not be their friend,just make sure that a few of them are fun for you to be with.

I have some friends who always make me jump out of comfort zone.So energetic-lah.

10.Be known on the social scene.Especially work on your natural talents,this will make you feel confident and happy.

Oho..not really my cup of tea.Stand in front of others and a shiver in my knees.Lack of self-esteem,that is.

11.Say what you want.Even if it's 'uncool'.However,do not say offensive or hurtful things to other people.Not cool.

I want a new purse with many compartments inside,just like mine before it was missing.I've said what I want.And it's very uncool yet necessary.What not?

12.Laugh at jokes that are funny.But don't feel like you have to laugh at jokes that aren't funny.If people ask you why there you aren't laughing at their 'funny jokes' then say why you think it's not funny.

Laughter is the best medicine.Too much laughter 'menggelapkan hati'.You choose.

13.Be modestly sarcastic.Don't always say mean things,but if you see the irony in something,people will appreciate your wit.

Being outspoken is needed sometimes in order to change the bad things but don't be so outspoken for the sake of being cool.Me not.Heh.

14.Don't get in fights with people.It never works out and only causes hurt feelings.

It's kinda childish for my age to get fights with people.I prefer talking to each other.Or even better,jom belanja minum.

15.Don't go around thinking you are bigger than everyone else,especially if you look like an eyesore.

I'm not 'big',my BMI is normal.Hahaha.


.

Wednesday 20 January 2010

200110


Penantian bulan menjelang
Pembukaan lembaran baru
Selamat Piah!


.

Friday 15 January 2010

Al-kisah Mahshi Bil Krom


Al-kisahnya tersangatlah lazat Mahshi buatan penduduk Mesir sehingga berdetak-detak hati perawan-perawan mahukan cara masaknya.Maka tiadalah cara lain,melainkan bertandang ke rumah tukang Mahshi adanya.


Ramuannya:
Beras
Sebiji kobis
Minyak masak
Bawang (dihiris nipis)
Tomato puri
Bakdunis & shabat - sejenis ulam-ulaman Mesir (dicincang halus)
Serbuk kulit kayu manis
Serbuk lada hitam
Air rebusan ayam
Garam

Cara masaknya:
1.Kobis dicelur sehingga separuh layunya kemudian dicantas batangnya yang keras.
2.Bawang ditumis dengan minyak dalam belanga lalu dicampur akan tomato puri bersama,dimasak sehingga enak baunya.
3.Adapun tiada mudah cara masaknya melainkan menggaul segala ramuan tadi bersama beras,bakdunis,shabat,serbuk kulit kayu manis dan serbuk lada hitam.
4.Dan lagi gaulan beras tadi dibalut dengan ia daun kobis barang ibu jari besarnya dan disusun berapat-rapat dalam belanga bulat.
5.Maka dituang air rebusan ayam serta sedikit garam ke dalam belanga bulat hingga sedang-sedang hilangnya mahshi dari pandangan dek tenggelam ia dalam lautan rebusan ayam tadi.
6.Demikian ditinggalkan belanga mahshi di atas api hingga masak hendaknya.

Berpalinglah Sang Tukang Mahshi wajahnya,lalu dikabarkan,"La'..la'..no..no..", tatkala kumpulan perawan mempersembahkan balutan mahshi tanda isyarat tersalah cara dan huru-hara gayanya.Arakian membalut mahshi tidaklah mudah kerjanya yaitu daun dan nasi langsung melekat padat tiada tumpah ke bumi.Lama-kelamaan bersukacitalah kumpulan perawan akan hal makin pandai membalut mahshi.

Selesai santapan lalu pulanglah mereka itu ke daerah masing-masing.


.

Wednesday 13 January 2010

'Dua nikmat yang manusia tertipu padanya;nikmat kesihatan dan kelapangan waktu'.(Riwayat Bukhari)







Benar nikmat sihat itu hanya boleh difahami oleh orang yang sakit.Namun kita jarang-jarang sekali mahu belajar dari orang yang sakit.Bagaimana perasaan mereka berlawan dengan rasa yang perit?Bagaimana ahli keluarga bersengkang mata menjaga?Perbelanjaan perubatan yang perlu dikeluarkan?Staf-staf perubatan yang berpayah menyelamatkannya dari penderitaan?

Rugilah kiranya kita berkejaran mengunjungi bilik pembedahan setiap minggu,melihat sendiri cara kerja mengubat namun hati buta menilai kesihatan diri yang belum pun diuji dengan kesakitan yang berat seperti mereka.Sebetulnya semakin banyak kes yang kita lihat,semakin kuat pergantungan kita kepada Yang Memberi Kesihatan.Jangan sampai hati tidak terasa apa melihat pesakit dan kematian yang meningkat dari hari ke hari.Jangan sampai hati sekeras batu!

'Profesion perubatan sebagai fardhu kifayah,satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli dalam satu masyarakat.Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas.Jika keperluan terjejas,apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.'
(Imam Ghazali)

Lupakah kita dengan doa kita...

agar dikurniakan keputusan yang cemerlang dalam SPM
ditawarkan belajar dalam bidang perubatan
dipermudahkan sebarang urusan kemasukan ke Medical School
memohon dipermudahkan peperiksaan dan berjaya naik tahun

Maha Suci Allah telah memakbulkan kesemua permintaan kita!

Menjadi pelajar perubatan bukan satu tugas yang suka-suka.Bukan juga satu perkara yang boleh diambil ringan.Tanggungjawab tetap tanggungjawab.Susah itu perkara biasa.Hanya jiwa yang kuat mampu menempuh perjuangan ini.Perjuangan di medan pembelajaran.Setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah dengan bidang yang sesuai dengan dirinya.Dan kita manusia terbaik yang dipilih Allah untuk menjadi seorang doktor.

Yakinlah dengan ketetapan ini!

'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.'
(Surah Al-Qasos:77)

Saya menulis agar hati kita tidak berbolak-balik...


.

Monday 4 January 2010

Selamat



Selamat tahun baru
walau sudah lewat
4 hari tahun Masihi
18 hari tahun Hijrah
mukaddimah penentu natijah
ujian penentu tabah
selamat...

Selamat hari lahir
untuk Wani dan Kak Sya
juga teman-teman
ini detik kedewasaan
kerna kau penyambung warisan
selamat...

Selamat pengantin baru
untuk Abang Mad dan Kak Wani
berkat ke atas kalian
berhimpun dalam kebaikan
selamat...

Selamat untuk semua!