Wednesday 20 January 2010

200110


Penantian bulan menjelang
Pembukaan lembaran baru
Selamat Piah!


.

Friday 15 January 2010

Al-kisah Mahshi Bil Krom


Al-kisahnya tersangatlah lazat Mahshi buatan penduduk Mesir sehingga berdetak-detak hati perawan-perawan mahukan cara masaknya.Maka tiadalah cara lain,melainkan bertandang ke rumah tukang Mahshi adanya.


Ramuannya:
Beras
Sebiji kobis
Minyak masak
Bawang (dihiris nipis)
Tomato puri
Bakdunis & shabat - sejenis ulam-ulaman Mesir (dicincang halus)
Serbuk kulit kayu manis
Serbuk lada hitam
Air rebusan ayam
Garam

Cara masaknya:
1.Kobis dicelur sehingga separuh layunya kemudian dicantas batangnya yang keras.
2.Bawang ditumis dengan minyak dalam belanga lalu dicampur akan tomato puri bersama,dimasak sehingga enak baunya.
3.Adapun tiada mudah cara masaknya melainkan menggaul segala ramuan tadi bersama beras,bakdunis,shabat,serbuk kulit kayu manis dan serbuk lada hitam.
4.Dan lagi gaulan beras tadi dibalut dengan ia daun kobis barang ibu jari besarnya dan disusun berapat-rapat dalam belanga bulat.
5.Maka dituang air rebusan ayam serta sedikit garam ke dalam belanga bulat hingga sedang-sedang hilangnya mahshi dari pandangan dek tenggelam ia dalam lautan rebusan ayam tadi.
6.Demikian ditinggalkan belanga mahshi di atas api hingga masak hendaknya.

Berpalinglah Sang Tukang Mahshi wajahnya,lalu dikabarkan,"La'..la'..no..no..", tatkala kumpulan perawan mempersembahkan balutan mahshi tanda isyarat tersalah cara dan huru-hara gayanya.Arakian membalut mahshi tidaklah mudah kerjanya yaitu daun dan nasi langsung melekat padat tiada tumpah ke bumi.Lama-kelamaan bersukacitalah kumpulan perawan akan hal makin pandai membalut mahshi.

Selesai santapan lalu pulanglah mereka itu ke daerah masing-masing.


.

Wednesday 13 January 2010

'Dua nikmat yang manusia tertipu padanya;nikmat kesihatan dan kelapangan waktu'.(Riwayat Bukhari)







Benar nikmat sihat itu hanya boleh difahami oleh orang yang sakit.Namun kita jarang-jarang sekali mahu belajar dari orang yang sakit.Bagaimana perasaan mereka berlawan dengan rasa yang perit?Bagaimana ahli keluarga bersengkang mata menjaga?Perbelanjaan perubatan yang perlu dikeluarkan?Staf-staf perubatan yang berpayah menyelamatkannya dari penderitaan?

Rugilah kiranya kita berkejaran mengunjungi bilik pembedahan setiap minggu,melihat sendiri cara kerja mengubat namun hati buta menilai kesihatan diri yang belum pun diuji dengan kesakitan yang berat seperti mereka.Sebetulnya semakin banyak kes yang kita lihat,semakin kuat pergantungan kita kepada Yang Memberi Kesihatan.Jangan sampai hati tidak terasa apa melihat pesakit dan kematian yang meningkat dari hari ke hari.Jangan sampai hati sekeras batu!

'Profesion perubatan sebagai fardhu kifayah,satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli dalam satu masyarakat.Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas.Jika keperluan terjejas,apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.'
(Imam Ghazali)

Lupakah kita dengan doa kita...

agar dikurniakan keputusan yang cemerlang dalam SPM
ditawarkan belajar dalam bidang perubatan
dipermudahkan sebarang urusan kemasukan ke Medical School
memohon dipermudahkan peperiksaan dan berjaya naik tahun

Maha Suci Allah telah memakbulkan kesemua permintaan kita!

Menjadi pelajar perubatan bukan satu tugas yang suka-suka.Bukan juga satu perkara yang boleh diambil ringan.Tanggungjawab tetap tanggungjawab.Susah itu perkara biasa.Hanya jiwa yang kuat mampu menempuh perjuangan ini.Perjuangan di medan pembelajaran.Setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah dengan bidang yang sesuai dengan dirinya.Dan kita manusia terbaik yang dipilih Allah untuk menjadi seorang doktor.

Yakinlah dengan ketetapan ini!

'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.'
(Surah Al-Qasos:77)

Saya menulis agar hati kita tidak berbolak-balik...


.

Monday 4 January 2010

Selamat



Selamat tahun baru
walau sudah lewat
4 hari tahun Masihi
18 hari tahun Hijrah
mukaddimah penentu natijah
ujian penentu tabah
selamat...

Selamat hari lahir
untuk Wani dan Kak Sya
juga teman-teman
ini detik kedewasaan
kerna kau penyambung warisan
selamat...

Selamat pengantin baru
untuk Abang Mad dan Kak Wani
berkat ke atas kalian
berhimpun dalam kebaikan
selamat...

Selamat untuk semua!