Tuesday, 20 July 2010

Tak seindah biasa

Hari ini sangat gembira,esok?

Bayangkan satu hari kamu terlalu ingin makan Nasi Kandar Pelita (owh,saya dan Abah memang menyukai nasi ini) tapi bila ke sana kedainya tutup?Padahal bukan hari Ahad pun.

Bayangkan sesuatu yang lebih hebat dari nasi kandar,sesuatu yang kita sudah meletakkan jangkaan yang tinggi kepadanya.Sesuatu yang mampu menjadi memori hebat dalam hidup kita.Tiba-tiba ia menjadi jauh,terlalu jauh sejauh jarak Bumi dengan Matahari.Paling kurang pun kita akan termenung tepi tangga mengenang nasib diri.

Kecewa,kan?Saya tahu.

Tipu sesiapa yang tak pernah merasai.Kalau ada maksudnya dia bukan manusia,alien barangkali.Lekas jalani ujian DNA.

Ini mehnah orang berjuang.Kadang-kadang kita tak mampu mencapai takat aras yang kita harapkan.Kadang-kadang usaha 100% yang kita pertaruhkan hasilnya tidak seindah biasa.Tauladan kita zaman dahulu lebih hebat ujiannya.Jadi kemanisan itu harus diletak dahulu dengan kemasinan (apakah?).Baru dinamakan asam garam kehidupan.

Usah pertikai peraturan alam.

Jiwa kamu sangat hebat.Maka harus berusaha mententeramkan hati.Yakin dengan ketentuan Ilahi.Biar nikmat kali ini pergi.Saya pasti nikmat berganda akan muncul selepas ini.

Ingat ayat ini.Kita merancang Allah merancang,sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Jadi,jangan risau kawan.Allah kan ada.


1 comments:

safiyyah said...

teringat anak sedara hana. time tu umur dia baru 3 tahun. bile gelap kitorg selalu takutkan dia. pastu dia jawab "watpe nak takut. Allah kan ada"

masyaAllah. budak2 pun yakin dengan pertolongan Allah. kita macam mana pula? perlu lebih lagi kan? =)