Langit Zagazig cerah hari ini.Tapi langit cerah Zagazig tak mampu menerangi hati saya yang kelam.Lega,risau,sedih.Lega kerana midterm exam telah pun berakhir.Sebetulnya ada lagi satu paper lepas cuti tapi bukankah satu lebih sedikit dari tiga?Risau saya dengan keputusan yang akan keluar nanti.Sedih kerana rancangan kami perlu dibatalkan.Hukum mengatakan perempuan tidak boleh bermusafir tanpa mahram,kecuali dengan situasi tertentu.Kalau ikutkan hati mahu saja saya tutup mata dan pergi.Namun kata orang ikut hati mati.Saya belum mahu mati lagi.Amalan saja baru sedikit.Bagaimana mahu jumpa Tuhan kalau amalan pun sedikit?
Saya garu kepala yang tak gatal.Ke mana mahu pergi cuti-cuti begini?Yang pasti saya tidak boleh ke luar negara.Kononnya melancong mahu dijadikan hobi baru namun perintah Tuhan harus saya patuhi.Cukuplah azab sebagai peringatan.Tunggulah sehingga saya berkahwin nanti.Berkahwin?Saya senyum sendiri.Lambat lagilah...
Pagi-pagi lagi Huda sudah menyediakan sarapan untuk Syifa'.Tenaga perlu dijana.Maarad Kutub jadi sasaran.Melawat Pameran Buku Antarabangsa Kaherah sudah menjadi kerja wajib saya dan kawan-kawan setiap kali cuti winter tiba.Chicken Soup For The Soul saya capai dan bayar.Cukuplah sebuah tahun ini.Sekurang-kurangnya lebih baik dari tahun lepas (tahun lepas saya beli permainan Rubiks sahaja).Masa memaksa saya bersegera ke 'Asyir.Kita ada kerja malam ini.
Bertuah.Saya kira malam ini malam bertuah.Ceramah Umum yang dihadiri menghadiahkan sesuatu buat saya.Mana tidaknya,saya berpeluang bertemu Dr Lo' Lo' secara in person.Kagum dengan semangat doktor ini yang bergiat cergas dalam misi kemanusiaan dan dakwah.Mahu berbakti untuk agama katanya.YB Salahuddin Ayub,Dr Hatta Ramli dan peserta rombongan Yayasan Amal Malaysia ke Palestin juga ada.Ya.Saya mahu jadi seperti mereka.Hati saya tersentuh,minda berfikir.Walau apa yang berlaku,agama tetap nombor satu.
Kak Sya,Kak Sya.Saya fikir kita akan bertemu di Tanta satu hari nanti.Rupanya Kaherah jadi pengganti,Dataran 'Asyir jadi bukti.Kak Sya sayang yang dirindui,saya bertemu dia di sini.Tapi dengan status baru.Kak Sya sudah berumah tangga dan saya satu anak tangga pun belum ada lagi.Saya peluk Kak Sya erat-erat.Air mata saya menitis.Kak Sya pelik barangkali.Padahal baru 2 3 bulan tak berjumpa.Sejak akhir-akhir ini saya jadi sangat sensitif.Mungkin kerana terlalu merindui Mak di Malaysia.Entahlah.
0 comments:
Post a Comment