Friday, 27 March 2009

Panas berteduh,gelap menyuluh

Sebetulnya saya mahu menceritakan pengalaman saya ketika zaman beruniform dahulu.Terbaca post terbaru Hana dan ada pula ajakan beliau supaya saya dan Anis turut mencoret cerita-ceritu zaman kami bersama.Mengenang kembali pahit manis masa remaja buat saya gelak sendiri.Siapa kata zaman sekolah tak seronok?(mana ada orang kata,saya saja-saja buat cerita).

Ketika mendapat tawaran dari SMKA Slim River,satu perkara yang bermain di fikiran.Wujudkah sekolah itu di sini?Tak pernah dengar pun (betapa di bawah tempurungnya saya).Atas seruan Mak dan Abah saya terima walaupun ikutkan hati saya mahu bersekolah menengah biasa saja dan paling penting duduk di rumah bukan di asrama.Pada mulanya mengharungi hidup sebagai penghuni asrama amatlah berat pada hemat saya.Serasa menjadi Wartawan TV3 itu lagi mudah kerjanya dari mencuci pakaian sendiri dan terpaksa beratur untuk menjamah lauk tengahari.Tapi kata Tok Pura bila mahu pandai kalau tak belajar buat sendiri?Betul juga.Teringat satu cerita.Akibat rindu yang terlampau turunlah saya dan Nana ke pondok telefon dengan hajat mahu menelefon orang tersayang (mereka adalah Mak dan Abah ya,jangan berfikiran nakal pula).Sampai ke destinasi terdengar sahabat saya yang lain teresak-esak menangis di telefon mengadu perit jerihnya tinggal sendiri di asrama tanpa Pa dan Ma.Hati kami yang riang gembira ini berubah sedih.Menjiwai perasaan sahabat yang kononnya senasib buat kami tersedu-sedu kesedihan di pondok berdekatan.Alahai Husna,kau bukannya disuruh berperang.Baru saja dihantar ke asrama sudah meraung bagai.

Bercakap perihal sekolah saya jadi rindu sama kawan-kawan saya dulu-Hana,Lynn,Fatin, Amy,Izzah,Nana,Anis Z,Anis S dan Yati.Jika seorang memakai tudung biru,semua akan bertudung biru.Jika seorang memakai jubah,semua akan memakai jubah.Tidur sedorm,bergerak ke kelas sekali,duduk di bilik prep juga sekali,makan sekali,solat di masjid sekali,melepak sekali,senang cerita semua yang kami lakukan sekalilah.Pernah satu ketika kami bina telefon dari cawan dan tali untuk memudahkan kami berhubung dari dorm di tingkat tiga ke bilik prep di tingkat bawah (Peraturan:dilarang membawa telefon selular ke sekolah).Satu peraturan yang Hana tidak setuju dan ehem,saya adalah memakai tudung dilipat bulat secara total tanpa ada ruang-ruang zarah di sebelah atasnya.Kami juga dikehendaki memakai pin supaya nampak kemas.Sesiapa yang tidak pakai dan nasibnya tidak baik akan distapler oleh warden.Perlu pula berkumpul di dataran setiap kali sebelum kelas pagi,prep petang dan malam.

Nak berkhabar,dulu di sekolah saya lelaki berjalan (Walkman?) dan novel amatlah dilarang untuk dibawa ke asrama.Dan saya dengan kedegilan dan kekerja-gilaan tetap membawanya tanpa rasa bersalah (saya memang suka baca novel,lalu bagaimana?).Tanpa diduga pengawas membuat spot check pada satu malam.Kalau yang disorok dalam tin biskut pun boleh terkantoi inikan pula yang di bawah bantal.Walkman saya juga turut terkorban dalam kejadian itu.Apalagi mengamuklah Ustazah Arbaayah terhadap anak-anaknya yang berbuat salah ini.Ampun ustazah,saya tak buat lagi.Disiplin asas kejayaan dan amanah asas keberkatan.

Setiap petang selepas prep kami perlu berkumpul di bilik TV untuk sama-sama membaca Al-Ma'thurat.Ada satu hari,entah makhluk apa yang menghasut,saya dan kawan-kawan bercadang mahu duduk di dorm saja.Sedang berehat-rehat tiba-tiba terdengar derapan kasut di kaki lima."Alamak kakak BADANI datanglah!"Dengan pantas dan tangkas kami menyelusup masuk ke dalam locker masing-masing.Maka jadilah kami menyorok di dalam locker.Nasib kami baik kerana tidak tertangkap (untuk kali ini).

Itu baru saya ceritakan beberapa perkara.Belum lagi kisah kami menonton Juara Lagu di bilik TV ketika waktu prep malam dan ditangkap Ketua Warden,perihal si Gie (bukan nama sebenar) yang tertidur di kawasan sekolah tanpa seorang pun menyedari sehinggalah kami selesai membaca Al-Mulk di dorm masing-masing,cerita panjat pagar jam 4 pagi untuk mandi di kawasan sekolah ketika ketiadaan air dan banyak lagilah.Namun saya bersama orang-orang ini hingga Januari 2005 saja.Abah perlu berpindah pejabat dan semestinya beliau membawa keluarganya sekali.

2 Februari 2005 saya mendaftar masuk ke SMKA Sik.Berpindah ke sekolah baru dan mahu menyesuaikan diri dengan suasana baru,kawan-kawan baru serta loghat baru memang memerlukan usaha paling hebat.Nah rasakan jadi budak baru.Ahli-ahli dorm saya menyangka saya ini pelajar form 1 (adakah saya terlalu comel untuk dikatakan form 5?haha).Yalah mana ada pelajar baru masuk sekolah ketika form 5 kecuali saya.Mula-mula saya jadi takut-takut untuk membuka suara.Mahu berbahasa biasa rasa janggal,mahu berloghat Kedah takut silap pula.Nasib baik ada Fatin,Kimah,Nisa,Jaa,Aini,Fizah dan Shud.Boleh juga belajar-belajar loghat utara.Sekolah baru saya ini lebih dekat dengan rumah.Hanya 20 minit saja memandu kereta berbanding Slim yang mengambil masa selama 2 jam (itupun jika tiada jam di Bidor).Kadang-kadang kerana 20 minit inilah saya jadi agak cuai dan dimarahi Abah.Pernah saya tertinggal beg sekolah dan kunci locker di rumah dan Abah terpaksa pulang semula mengambilnya.Dan tentang masalah bahasa awat?ingat kami tak buleh-buleh cakap Kedah lagi ka?la ni dah terer dah la (btoi dak Piah?).

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya pada zaman persekolahan dahulu.
Sekolah mengajar saya tentang pentingnya menjadi orang berilmu,
sekolah menyedarkan saya betapa perlunya seorang Muslim mencapai kejayaan,
sekolah menyemai hati saya menghargai pengorbanan ibubapa dan guru,
sekolah mendorong saya membina ukhwah fillah yang teguh kukuh bersama rakan-rakan,
sekolah mendidik saya supaya patuh pada disiplin dan peraturan hidup,
wahai SMKASR dan SMKAS,
terima kasih kerana sudi menjadi tempat untuk saya berteduh ketika panas dan penyuluh ketika gelap.



Wednesday, 18 March 2009

Siapa kata Mesir tandus seafood?

AMARAN: Post kali ini berupa sangat lazat.Pastikan sebelah anda ada Chewy Dragees Mentos atau anda sedang kekenyangan untuk mengelakkan excess salivation or craving.

Kalau berjalan ke Alexandria,jangan lupa singgah di Hosni Seafood Restaurant (bukan restoran adik saya).Makan seafood di tanah ini baru boleh dikira betul-betul melawat Alex.



Orang Arab makan kepah ni mentah-mentah saja

Nasi ini nampak saja sikit tapi kami makan berdua..dan kenyang


Pertama kali rasa tohinah berempah


Kalamari Tagen kali kedua selepas di Sinai


Nah..hidangan dah tersedia

Harganya kalau boleh buat kami tidur lena malam itu tanpa risau kepala dan resah hati,kira okayyylah.

Teringat Kak Huda,Kak Am,Qudus,Kak Syikin dan Ust Mail layan kami macam keluarga sendiri.Betul kata orang,ukhwah itu manis kerana manisnya kasih sayang.Rindu kalian.Bila mahu ziarah Zagazig pula?

Monday, 16 March 2009

Kisah pengalaman ngeri dan bahasa yang satu

Di bawah adalah sebuah karangan pelajar UPSR yang saya ambil dari blog Faisal Tehrani.Bukan mahu menegatifkan mana-mana pihak.Sekadar mahu membuka mata,mencelikkan hati kalian terhadap nasib bahasa yang satu ini.

***

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


***

Apa perasaan kalian?Saya sedih.Kalau ini natijahnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris,saya betul-betul sedih.Ini baru saya,ini baru kita.Apa gamaknya perasaan sasterawan negara kalau mereka membacanya?Nyata Bahasa Melayu kini semakin hari semakin terhakis dari jati diri rakyat 'Tanah Melayu'.Benar untuk berada seiring dengan kemodenan global,kita seharusnya menguasai Bahasa Inggeris.Tapi ini bukan bermakna bahasa yang satu lagi dipinggirkan,malah dimansuhkan dalam sesi pengajaran.Yang betulnya sesi pengajaran Bahasa Inggeris itu diperhebat,diperkuat.Bukan dijadikan bahasa pengantar untuk dua subjek kritikal di sekolah.Sudahlah mahu memahami silibus,mahu menghafal istilah-istilah sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris lagi.Alahai kesian sama budak sekolah kampung dan pedalaman,yang ratanya kurang mahir 'bahasa orang putih' padahal mereka juga boleh menjadi seseorang bila besar nanti.Ya saya betul-betul maksudkan istilah seseorang itu.Buktinya Syeikh Muzaffar dulu pun belajar Sains & Matematik dalam Bahasa Melayu tapi boleh juga jadi Angkasawan Negara,Prof Muhammad Haji Salleh boleh juga jadi Sasterawan Negara dan penulis puisi Melayu/Inggeris atau Ibnu Sina yang masih menulis berpuluh-puluh kitab perubatan dalam bahasa Arab sedangkan dia berkebolehan berbahasa Greek.Kualiti insan bukan hanya terletak pada sains,matematik dan bahasa Inggeris saja tapi merangkumi kepercayaan pada agamanya,ilmu dan pengalaman yang diaplikasi dalam kehidupan seharian,etika dan moral dan tidak kurang pentingnya keyakinan pada jati diri masing-masing.Padanlah Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ,PAS dan pembela-pembela bahasa memperjuangkan hak yang satu ini.Ini bukan sekadar isu sekolah tapi isu tamadun dan jiwa Malaysia,lebih-lebih lagi bangsa Melayu.




Friday, 13 March 2009

Get Tagged

Whoaa..Tinta become so damn boring lately.It has been a month I didn't hit the blog.Poor mine!Just wanted to solve the tags Hana and Kay asked me to do so.Ok here the instructions :

1.Go to your photos folder in your computer.
2.Go to the 6th folder of photos.
3.Go to the 6th picture in that folder.
4.Put the picture on your blog and describe about it.
5.Invite six friends to join the challenge.
6.Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Here we go -> Cleopatra Beach in Matruh or I should call my 'hot' summer vacation (hot?I really mean it).4 of us went there during last summer vacation as we decided to be a Loyal Egyptian-Malaysian 2008.I think Mira did the best and the title goes to her (congrates!).Maybe the picture means nothing to you but see guys,its unpolluted!Thought that Egypt don't have any blue sea water but Matruh?Such a big surprise yeay.Keep wading the wavy ocean and you will reach Cleopatra's Shower about 10 meters from the beach.The heavy ocean striking the huge rocks exactly like the shower we use every day in home.I think Cleopatra really enjoy showering just like Sizuka.That's why she had another 3 springs in Siwa'.That day Yana became the 2nd Cleopatra as she fell down the ground and got wet.Poor Yana and poor beach to be kissed by Yana.Oh..there's a Cleopatra statue in front of the gateway.She is quite pretty for me.I like her eyes and the way she lined them with kohl.Kind of unique and artistic actually.Khansa' was the one busy snapping the pictures of all entire views.If you feel like encountering such a blue unpolluted sea water,shiney whitey sandy beach or historically ancient monuments and buildings,Matruh Siwa' would be the perfect place to visit.If you wanna see more pics on Matruh,don't waste time googling.Just give a knock on my door and I'll show you all.And also don't forget to grab a bottle of Afzan's Kicap costs only LE5 before leaving (ongoing promotion ha-ha).

Those are 6 prettiest woman in the world tagged by me :
Vye
Zahida
Anis Shafikah
Husna A.Bakar
Hakimah
Maksu