Sebetulnya saya mahu menceritakan pengalaman saya ketika zaman beruniform dahulu.Terbaca post terbaru Hana dan ada pula ajakan beliau supaya saya dan Anis turut mencoret cerita-ceritu zaman kami bersama.Mengenang kembali pahit manis masa remaja buat saya gelak sendiri.Siapa kata zaman sekolah tak seronok?(mana ada orang kata,saya saja-saja buat cerita).
Ketika mendapat tawaran dari SMKA Slim River,satu perkara yang bermain di fikiran.Wujudkah sekolah itu di sini?Tak pernah dengar pun (betapa di bawah tempurungnya saya).Atas seruan Mak dan Abah saya terima walaupun ikutkan hati saya mahu bersekolah menengah biasa saja dan paling penting duduk di rumah bukan di asrama.Pada mulanya mengharungi hidup sebagai penghuni asrama amatlah berat pada hemat saya.Serasa menjadi Wartawan TV3 itu lagi mudah kerjanya dari mencuci pakaian sendiri dan terpaksa beratur untuk menjamah lauk tengahari.Tapi kata Tok Pura bila mahu pandai kalau tak belajar buat sendiri?Betul juga.Teringat satu cerita.Akibat rindu yang terlampau turunlah saya dan Nana ke pondok telefon dengan hajat mahu menelefon orang tersayang (mereka adalah Mak dan Abah ya,jangan berfikiran nakal pula).Sampai ke destinasi terdengar sahabat saya yang lain teresak-esak menangis di telefon mengadu perit jerihnya tinggal sendiri di asrama tanpa Pa dan Ma.Hati kami yang riang gembira ini berubah sedih.Menjiwai perasaan sahabat yang kononnya senasib buat kami tersedu-sedu kesedihan di pondok berdekatan.Alahai Husna,kau bukannya disuruh berperang.Baru saja dihantar ke asrama sudah meraung bagai.
Bercakap perihal sekolah saya jadi rindu sama kawan-kawan saya dulu-Hana,Lynn,Fatin, Amy,Izzah,Nana,Anis Z,Anis S dan Yati.Jika seorang memakai tudung biru,semua akan bertudung biru.Jika seorang memakai jubah,semua akan memakai jubah.Tidur sedorm,bergerak ke kelas sekali,duduk di bilik prep juga sekali,makan sekali,solat di masjid sekali,melepak sekali,senang cerita semua yang kami lakukan sekalilah.Pernah satu ketika kami bina telefon dari cawan dan tali untuk memudahkan kami berhubung dari dorm di tingkat tiga ke bilik prep di tingkat bawah (Peraturan:dilarang membawa telefon selular ke sekolah).Satu peraturan yang Hana tidak setuju dan ehem,saya adalah memakai tudung dilipat bulat secara total tanpa ada ruang-ruang zarah di sebelah atasnya.Kami juga dikehendaki memakai pin supaya nampak kemas.Sesiapa yang tidak pakai dan nasibnya tidak baik akan distapler oleh warden.Perlu pula berkumpul di dataran setiap kali sebelum kelas pagi,prep petang dan malam.
Nak berkhabar,dulu di sekolah saya lelaki berjalan (Walkman?) dan novel amatlah dilarang untuk dibawa ke asrama.Dan saya dengan kedegilan dan kekerja-gilaan tetap membawanya tanpa rasa bersalah (saya memang suka baca novel,lalu bagaimana?).Tanpa diduga pengawas membuat spot check pada satu malam.Kalau yang disorok dalam tin biskut pun boleh terkantoi inikan pula yang di bawah bantal.Walkman saya juga turut terkorban dalam kejadian itu.Apalagi mengamuklah Ustazah Arbaayah terhadap anak-anaknya yang berbuat salah ini.Ampun ustazah,saya tak buat lagi.Disiplin asas kejayaan dan amanah asas keberkatan.
Setiap petang selepas prep kami perlu berkumpul di bilik TV untuk sama-sama membaca Al-Ma'thurat.Ada satu hari,entah makhluk apa yang menghasut,saya dan kawan-kawan bercadang mahu duduk di dorm saja.Sedang berehat-rehat tiba-tiba terdengar derapan kasut di kaki lima."Alamak kakak BADANI datanglah!"Dengan pantas dan tangkas kami menyelusup masuk ke dalam locker masing-masing.Maka jadilah kami menyorok di dalam locker.Nasib kami baik kerana tidak tertangkap (untuk kali ini).
Itu baru saya ceritakan beberapa perkara.Belum lagi kisah kami menonton Juara Lagu di bilik TV ketika waktu prep malam dan ditangkap Ketua Warden,perihal si Gie (bukan nama sebenar) yang tertidur di kawasan sekolah tanpa seorang pun menyedari sehinggalah kami selesai membaca Al-Mulk di dorm masing-masing,cerita panjat pagar jam 4 pagi untuk mandi di kawasan sekolah ketika ketiadaan air dan banyak lagilah.Namun saya bersama orang-orang ini hingga Januari 2005 saja.Abah perlu berpindah pejabat dan semestinya beliau membawa keluarganya sekali.
2 Februari 2005 saya mendaftar masuk ke SMKA Sik.Berpindah ke sekolah baru dan mahu menyesuaikan diri dengan suasana baru,kawan-kawan baru serta loghat baru memang memerlukan usaha paling hebat.Nah rasakan jadi budak baru.Ahli-ahli dorm saya menyangka saya ini pelajar form 1 (adakah saya terlalu comel untuk dikatakan form 5?haha).Yalah mana ada pelajar baru masuk sekolah ketika form 5 kecuali saya.Mula-mula saya jadi takut-takut untuk membuka suara.Mahu berbahasa biasa rasa janggal,mahu berloghat Kedah takut silap pula.Nasib baik ada Fatin,Kimah,Nisa,Jaa,Aini,Fizah dan Shud.Boleh juga belajar-belajar loghat utara.Sekolah baru saya ini lebih dekat dengan rumah.Hanya 20 minit saja memandu kereta berbanding Slim yang mengambil masa selama 2 jam (itupun jika tiada jam di Bidor).Kadang-kadang kerana 20 minit inilah saya jadi agak cuai dan dimarahi Abah.Pernah saya tertinggal beg sekolah dan kunci locker di rumah dan Abah terpaksa pulang semula mengambilnya.Dan tentang masalah bahasa awat?ingat kami tak buleh-buleh cakap Kedah lagi ka?la ni dah terer dah la (btoi dak Piah?).
Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya pada zaman persekolahan dahulu.
Sekolah mengajar saya tentang pentingnya menjadi orang berilmu,
sekolah menyedarkan saya betapa perlunya seorang Muslim mencapai kejayaan,
sekolah menyemai hati saya menghargai pengorbanan ibubapa dan guru,
sekolah mendorong saya membina ukhwah fillah yang teguh kukuh bersama rakan-rakan,
sekolah mendidik saya supaya patuh pada disiplin dan peraturan hidup,
wahai SMKASR dan SMKAS,
terima kasih kerana sudi menjadi tempat untuk saya berteduh ketika panas dan penyuluh ketika gelap.
Friday, 27 March 2009
Panas berteduh,gelap menyuluh
Posted by HUSNA at 15:36
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
woit..nakai gila ang zmn skolah...ahaha...
aku baik dh la ni..ang la mendidik aku jd baik..ahaha..
hus,mana nama gua? :p
haha..aku gelak gile husna..baru teringat yg kte buat telefon tali tu..yg nyorok dalam locker n panjat pagar kul 4 pagi tu aku ada sama..=P
anis-adus.gua lupa beb.asyik dok refer kt gmba blog hana smpai lupa kwn2 yg tiada di dalam gmbar.ok2 gua taruk..
Anis n Husna,sejak bile maen gua2 nih?hehehe..gua pon nk join la..=P
na,ingat kte je yg nakal gitu kat skolah dolu2..haha..kamu pun ke??
x kire fly g,bawak hanset,kna keluar klas..hahaha...
Post a Comment