Sunday, 19 April 2009

Anis,saya mahu exam jugalah

Jumaat hari itu saya ke Mansurah dengan teman-teman.Untuk Smart Circle (SC) terakhir sebetulnya.Selalunya naqibah yang datang ke sini tapi kali ini mahu buat istimewa sikitlah,kami pula yang ke sana.Kelakarnya kami silap masuk markas,yang betulnya markas II tapi kami masuk markas I.Sayalah yang silap (kawan-kawan maafkan saya yang pelupa ini).Seronok campur sedih.Mungkin ini kali terakhir kami dapat berkumpul bersama sebelum masing-masing sibuk dengan final exam.Buat kak Syikin,kak Halimah dan Ummi,terima kasih banyak-banyak untuk tahun ini.Lain kali kita jumpa lagi ya kakak.

Exam.Tentunya semua pelajar tak kira di peringkat mana sekalipun akan jadi risau dan takut.Mana tidaknya exam salah satu penentu sejauh mana kita melaksanakan amanah yang diberi oleh Allah,ibubapa,penaja,rakyat Malaysia serta sejauh mana kesungguhan kita menuntut ilmu.

Perkara paling penting dalam kita belajar ini adalah niat.Adakah niat kita mengulangkaji ini hanya kerana mahu berjaya dalam peperiksaan saja atau tidak mahu kertas jawapan nanti kosong tanpa catatan atau kerana Allah?Ingatlah,setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah.

Faham tanggungjawab kita.Manusia diciptakan ke bumi adalah sebagai khalifah.Jadi kita punya tanggungjawab dalam meneruskan perjuangan menegakkan agama kita.Saya dan beberapa kawan saya punya tanggungjwab memartabatkan kembali Islam dalam bidang perubatan,kamu dalam bidang kejuruteraan,kamu dalam bidang agama,kamu dalam bidang pendidikan dan kalian yang lain dalam bidang masing-masing.Maka belajar ini bukan perkara main-main dan boleh diambil mudah.Kita punya tanggungjawab yang lebih besar selepas ini.

Dalam hadis Rasulullah SAW disebutkan :
Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW,"Ya Rasulullah,sudahkah dikenal para penduduk neraka dan penduduk syurga?"Jawab Baginda,"Sudah".Lalu ia kembali bertanya,"Kalau begitu untuk apa manusia beramal?"Rasulullah SAW menawab,"Mereka beramal untuk apa dia dciptakan dan menurut apa yang dimudahkan baginya". (Hadis Riwayat Bukhari).


Teringat dalam SC Jumaat hari itu kak Syikin pesan,jaga solat.Abah juga selalu pesan,jaga solat.Katanya ini perkara pertama yang akan ditanya di akhirat nanti.Kalau tanggungjawab yang ini pun tak dapat dilaksanakan apatah lagi tanggungjawab yang lain.Solat juga akan memelihara hati,mata,tangan,kaki,mulut serta anggota lainnya dari melakukan maksiat.Mengikut pemerhatian sayalah,mereka yang tak menjaga solat ini akan bermudah-mudah saja dalam urusan hariannya yang lain.Samalah macam saya,itulah ambil ringan lagi hal solat.

Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Rasulullah SAW bersabda :
Allah berfirman: Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu.aku sungguh-sungguh telah berjanji sengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab memasukkannya ke dalam syurga.Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Kejayaan tak akan dicapai tanpa usaha.Mana mungkin bayi itu mampu berlari kalau dia tidak usaha bertatih dan berjalan terlebih dahulu.Begitu juga kita.Mana mungkin kita berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dengan duduk goyang kaki saja.kata Imam As-Syafie,"berpenat lelahlah untuk kebaikan kerana pada akhirnya kebaikan itu akan datang dan penat itu akan hilang".Sabarlah kawan.Memang kejayaan yang manis itu memerlukan usaha sepahit hempedu.

Seterusnya,perbanyakkan permohonan kepada Allah dan bertawakal kepadanya.Rasa kehambaan dan pergantungan kita kepadaNya akan mendorong kita supaya yakin dengan pertolongan Allah serta redha dengan apa saja ketentuanNya.Teringat kata-kata sahabat saya dulu,"Kejayaan yang sebenar bukan pada slip keputusan peperiksaan itu tetapi terletak pada usaha kamu yang tak pernah kenal erti penat dan doa serta rintihan kamu pada Allah yang tak putus-putus untuk mencapai kejayaan itu".

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku maka sesungguhnya Aku dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran. (Al-Baqarah:186)

Aduh sudah banyak masa yang saya bazirkan,kalaulah masa boleh diundur kembali...Hei ini bukan masa mahu menyesal,bukan masa mahu merenung kembali masa silam.Yang ditarget nun di hadapan sana.Sudah,berhenti melakukan perkara-perkara yang tak menyelesaikan masalah tu,jom study!



3 comments:

anis shafikah said...

ya!mari berstudy.kawan kite pun ada pesan,kejayaan bukan diukur dari berapa tinnginya CGPA kamu,tetapi sejuah mana usaha kamu untuk memahami apa yang kamu belajar,that's right!totally :)
Hus,doakan kami ya!
moga senantiasa di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t.

mawaddah said...

syg...chaiyok ya stadi...kita doa bersama ok?(aku kedengaran sgt gay...ahaha)

safiyyah said...

husna boleh jadi motivator la skang..hehe..doakan daku di sini juge..