Sunday, 26 April 2009

Retorik Cinta


Siapa sangka perbualan bersahaja petang itu antara Hana,Huda dan saya mengenai kesibukan kerja bisa menghasilkan ini,ini, dan ini.Hakikatnya berada bersama teman-teman yang semakin matang,pasangan berkahwin yang lebih berpengalaman serta Mak Abah yang semakin terbuka dalam perbualan membawa saya kepada satu hipotesis yang mungkin boleh diterima sebagai teori : Perkahwinan bukan setakat menghalalkan yang haram tetapi merupakan satu kombinasi cinta, tanggungjawab dan pengorbanan.Ini bukan symptom exam segala tapi mahu membuka mata kalian realiti seorang doktor muslimah yang hidupnya telah diatur untuk diwakafkan kepada keluarga,masyarakat serta agama.

Gelaran doktor muslimah tidak susah untuk dicapai tapi tidak pula senang untuk dilaksanakan.Membayangkan kehidupan seorang doktor muslimah yang sebahagian besar masanya perlu diisi dengan merawat pesakit di samping meneruskan perjuangan Sang Rasul,bagaimanakah penerimaan orang-orang terdekat tentang kesibukan saya melaksanakan amal Islami yang saya yakini ini?

Mak dan Abah?

Serasa Mak dan Abah sudah awal-awal lagi memahami kesibukan yang bakal mengelilingi anaknya ini.Mengizinkan saya mengambil bidang perubatan bererti merelakan saya berada lebih lama di luar rumah berbanding di dalam rumah kami,merelakan diri mereka tidak selalu dihubungi lantaran benua yang memisahkan,merelakan anaknya ini disibukkan dengan ilmu dan tugas daripada menjenguk mereka di kampung.Semuanya dilakukan dengan kerelaan.Sabarlah sayang.Bukan saya tidak tahu deritanya hati Mak dan Abah tapi ini pilihan saya,ini pilihan kita dan saya tidak mahu kita menyesal dengan keputusan ini.

Adik?

Kesian adikku yang seorang ini.Kakaknya tidak mampu menjadi seperti kakak orang lain.Yang boleh dijadikan tempat bermanja dan membelai mesra,yang sentiasa berada di sebelah membantu adiknya memahami pelajaran,yang boleh ditelefon bila-bila masa menuntut kata-kata semangat dan perangsang sewaktu dia jatuh dan putus asa.Tapi insyaAllah kakak berusaha sehabis mampu menjadi kakak terbaik buatmu.

Namun saya yakin sesibuk manapun saya,mereka tetap mencintai saya dengan penuh kasih sayang,tanpa syarat!

Tapi bakal Akhi (fulamak..akhi la pula) nanti adakah dia akan memahami?

Perbincangan bersama Hana dan Huda membawa kepada satu konklusi yang jelas lagi nyata : Mencari yang memahami.

  • Faham menjadi suami kepada seorang doktor bukan satu status yang patut dibanggakan bahkan dia perlu berasa rendah diri kerana pasangannya ini tidak seperti isteri-isteri orang lain
  • Faham bahawa masa untuk bersama itu terhad lantaran tugas di hospital menuntut si doktor berada tepat pada waktunya
  • Faham penglibatan si isteri dalam gerakan Islam sepertinya mesti diizinkan agar agama bisa dimartabatkan kembali
  • Faham si isteri kadang-kadang perlu keluar rumah bertemu masyarakat menyampaikan kefahaman serta pengamalan Islam secara sahih
  • Faham bahawa hidup ini perlu lebih kepada memberi dari menerima dalam segala hal termasuk dalam hal rumah tangga
Zaman dulu Rasulullah dan Siti Khadijah lebih sibuk dari kita tapi bukankah mereka bahagia dan merupakan pasangan terbaik sepanjang zaman?Mencari pasangan yang sangat memahami itu super penting dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga tapi jangan pula sibuk mencari hingga membawa kita ke kancah maksiat dan zina.Yang penting teguhkan rasa kehambaan dan kuatkan pergantungan pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.

Katakanlah:"Jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri,kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At-Taubah:24)



6 comments:

mawaddah said...

haii..suma on tulih pasai kawen nii...pasaipa laa?? tkt aku tgk...

HUSNA said...

hahahha..saja ja la piah..
muhasabah cinta ahahah

aimjannah said...

"akhi"
hehehe

"attoiyibuna littoiyibat.."
surah An-Nur :26

Nafsah Dulajis said...

bukannya desperate mau kawin pun. cumanya kita kena think forward...for the future..

sediakan payung sebelum hujannnn

anis shafikah said...

semangat!

safiyyah said...

husna..nak kawen jgn lupe jemput..hehehe..

neway,dah boleh post komen.kena gune classic template baru boleh..huhu..nape ntah..