Tuesday, 12 May 2009

Rakyat yang kejauhan

Sejak akhir-akhir ini saya jadi lemas dengan isu yang melanda negara saya sendiri.Bukan mahu menegatifkan mana-mana pihak sekadar menyuarakan rasa simpati saya pada rakyat (saya juga rakyat!) yang berada di tengah-tengah antara keadilan dan kuasa.Ha?Kenapa antara keadilan dan kuasa.Yalah,kuasa telah sebetulnya menguasai kebenaran dan keadilan.

Demokrasi

Demokrasi bererti pemerintahan oleh rakyat melalui wakil-wakil mereka (wakil rakyat).Tapi saya keliru sejauh mana negara saya melaksanakan demokrasi?Sebagai contoh isu PPSMI baru-baru ini.Rakyat bermati-matian memperjuangkan suara mereka supaya program ini dimansuhkan.Kesal saya dengan sikap pemimpin yang terus-terusan mempertahankan sedangkan rakyat terutamanya pelajar melaluinya dengan perit dan keciciran.Ini isu serius.Jika tidak masakan A. Samad Said mempertaruhkan gelaran 'Sasterawan Negara'nya demi perjuangan ini.Khabarnya PPSMI mahu dikaji semula.Harapnya ada sesuatu yang berhasil bukan sekadar masuk telinga kanan,keluar telinga kiri saja.

Tidak lama selepas itu isu politik di Perak pula.Dengan penyingkiran Datuk Seri Ir. Nizar sebagai Menteri Besar dan diganti dengan orang lain sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira tindakan rakyat,saya pelik.Yang mahu diterajui adalah rakyat bukan pemimpin atasan.Jadi lebih wajar sekiranya sang pemimpin dipilih oleh golongan itu sendiri bukan dilantik oleh pihak atasan semata-mata mahu menjaga kedudukan mereka di negeri ini.

Yang paling hangat sekali tentunya kisah kekecohan semasa persidangan DUN Perak hari itu.Di dalam berlaku rampasan jawatan Speaker manakala polis menangkap orang ramai yang mengerumuni kawasan sekitar luar dewan,yang hairannya orang-orang yang datang mahu minum teh juga diheret sekali.Itu belum dikira tahanan ISA yang disumbat ke penjara tanpa perbicaraan dan dikeluarkan tanpa penjelasan.

Saya kira sistem demokrasi negara telah dicemar lantaran nafsu menguasai diri.Lalu yang terima padahnya siapa lagi kalau bukan anak-anak yang belajar di sekolah,ibubapa yang mencari rezki menyara keluarga,kakitangan negara yang melaksanakan arahan,golongan-golongan yang faham yang memperjuangkan,pendamba-pendamba keadilan.Senang cerita,rakyatlah..

Saya mohon saya masih boleh bertahan dengan tanah ini.Saya juga mohon pemimpin boleh bertindak dengan adil tanpa gila kuasa atau pangkat,wakil rakyat benar-benar bertindak sebagai wakil kepada rakyat serta media yang paling cemerlang menghubungkan rakyat dan hal negara,bersikap neutral dalam paparan.Negara tanpa keterlibatan rakyat akan melalui saat-saat kejatuhan.Kami tak mahu itu.Kami mahu rasa yakin dan berbangga punya sebuah kerajaan perpaduan.Jangan sampai lagu 'Bumi Bertuah' ditukar liriknya sudahlah.



.

1 comments:

anis shafikah said...

rakyat yang kejauhan,cepat pulang dan selamatkan m'sia! :D