Sunday, 5 July 2009

Yang lepas benar indah,amat indah


Sampai hari ini kira-kira sudah 5 hari kami merdeka dari peperiksaan akhir tahun.Tapi tidaklah gembira sangat pun sebab keputusan akan keluar tak lama saja lagi.Ini bermakna sudah 5 hari kami bercuti musim panas.Setakat ini saya belum lagi ke mana-mana.Bukan tak mahu tapi sedang mencari-cari peluang untuk keluar dari tanah ini sambil beli-belah dan makan-makan (makan juga!).Barang untuk dibawa pulang ke Malaysia pun belum beli-beli lagi.Haish..wahai cik masa dan peluang,tolonglah jadi kawan baik saya sementara ini.Nak kata sibuk tu sibuklah juga.Sibuk melepak-lepak dan menonton-nonton.Apalah.

Bila tengok balik gambar-gambar sepanjang tahun ini baru saya sedar (terima kasihlah pada kawan-kawan yang sangat obsesi dengan lensa kamera),banyak juga yang kami lalui rupanya.Bermula selesainya tahun 2 hingga hari ini banyak perkara yang sudah berubah.Samada dari baik ke kurang baik mahupun dari kurang baik ke baik.Yang baik itu alhamdulillah.Tapi yang tak baik itu mahu menyesal pun tak ada gunanya.Kalau sedar yang ianya tak baik mari kita lakukan sesuatu,berubah.

Baguslah kita selalu disarankan supaya bermuhasabah.Selalu saya jadi leka dan bila satu hari hati saya tergerak mahu duduk diam-diam dan berfikir,dada saya sesak.Tiba-tiba teringat balik perkara-perkara yang bercanggah dari prinsip manusia serta tindakan dan emosi yang tak rasional dan kurang matang yang pernah saya lakukan.Orang kata biasalah itu darah muda tapi kalau darah muda itu boleh dikawal dengan pemikiran yang rasional,tidak akan apa-apanya.Itu pada hemat sayalah.



Pernah satu hari saya terlalu marahkan encik lalat dan mengibas-mengibas tangan dengan ganasnya.Dengan harapan mahu memberi tamparan wanitalah kononnya tapi tentulah encik lalat yang cemerlang itu dapat mengelak dan akhirnya cermin mata saya pula yang jatuh ke lantai dan pecah.Dan di sini siapa yang bodoh sebenarnya?Haiwan yang tak berakal itukah atau manusia?Adoi.

Bercakap pasal sejarah,hidup saya selama kira-kira 21 tahun di samping kebolehan untuk membezakan yang baik dan yang buruk selama 17 tahun sebetulnya sudah lebih-lebih mampu buat saya bersyukur dengan nikmat Allah.Kalau akal,hati,deria,anggota badan dan segala macam nikmat yang Dia kurniakan saya gunakan semaksimanya mungkin Nurhidayatul Husna Bt Johari sudah jadi orang paling hebat pada hari ini.Tapi macam saya kata tadilah,menyesal pun tiada gunanya.Perlu lakukan sesuatu.Kata orang Jawa sometimes a little change can make a big difference.Betul juga.

Tiba-tiba mahu berterima kasih pada hidup-hidup saya sebelum ini.Dan semestinya segala pujian untuk Allah Sang Pemberi Hidup.Semoga sejarah dan pengalaman bisa mematangkan kita dan memandu kita ke jalan yang benar dan diredhaiNya (ayat macam kenal ;p ).


Terima kasih.Terima kasih.Terima kasih.


.

1 comments:

anis shafikah said...

hus,nk semua gambar kamu.bawak balik nanti ok! :D