Thursday, 20 August 2009

Semanis langsat...sudah air pinangkah?


Musim cuti memang seronok,lagi seronok bila ia datang bersama musim buah.Bila perut ketawa puas disumbat dengan durian dan langsat,hati menangis tersedu-sedu dahagakan thaqafah dan zikrayat.Hey tuan badan,kau lupa dengan organ kau yang satu ini ya?

Mulut jangan berani cakap ini perkara biasa sepanjang musim cuti.Sebab nanti otak juga mahu minta cuti.Maklumlah sudah bekerja keras selama ini.Mahu cuti sedikit-sedikit tak mengapa.Tapi kalau cuti terus bagaimana?Pasif?Malas berfikir?Mengantuk?Mati???Tidakkk...

Mata lagi mudah menonton Cinta Gila dari membaca Bercinta Sampai ke Syurga.Eh..eh..bukan suruh bercinta tapi suruh melihat sesuatu dengan mata kornea dan mata hati.Agar lebih bererti.Tapi kalau sudah sampai jodoh jangan lupa jemput saya,ya?Nanti saya rajinkan kaki ini pergi kenduri.Tidaklah asyik melilau ke sana sini.Jangan tipu saya anda tak buat begini.Lagi-lagi yang ada transport sendiri,kan?

Jangan tanya apa mahu buat cuti ini tapi tanya ke mana mahu pergi menambah ilmu dan thaqafah untuk diri?

Alah..cuti panjang lagi.Alasan.
Rileklah.Mula kuliah nanti kita berprogram semula.Alasan.
Usrah kampung tak sama dengan usrah uni.Alasan.
H1N1.Risiko.Alasan.
Malas.Ini alasan berani mati.

Sampai terlupa perintah Allah dan Rasul supaya pergi mencari ilmu.Juga kurang peka dengan ruang dan peluang yang diberikan makhluk sekeliling.

'Mengapa sampai cuti-cuti pun mahu belajar?',tanya orang itu.

Jawapannya sebab kita manusia terpilih.Terpilih sebagai khalifah di bumi ini.Dan manusia terpilih jangan biasa-biasa,harus lebih.Lebih dari segi ilmu,lebih dari segi kemahiran,lebih dari segi sikap,lebih dari segi maklumat.Wah,banyaknya kelebihan.Seronok,kan?

Jadi apa aim kita?Mahu jadi profesional Muslim.Yang profesional dalam pekerjaan,dan Muslim dalam kualiti hidup.

Mahu jadi seperti orang-orang ini tidaklah susah tapi tidak juga terlalu mudah.Abu Saif ada mengatakan dalam ceramahnya,seseorang yang bercita-cita ingin menjadi seorang profesional Muslim harus mematuhi dua peraturan Allah.Iaitu melaksanakan syariat Allah - melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya serta mematuhi sunnatullah.Sunnatullah inilah yang dimaksudkan dengan menambah ilmu serta memperbaiki kualiti diri.Ini hukum alam.Mana mungkin seorang yang rajin beribadat tanpa keluar berilmiah dan bermasyarakat,berjaya menjadi seorang profesional Muslim.Begitu juga sebaliknya.Jangan sia-siakan masa cuti ini.Duit dan keseronokan boleh dicari tapi masa dan peluang sukar dicari ganti.

Jadi jangan tanya apa mahu buat cuti ini tapi tanya ke mana mahu pergi menambah ilmu dan thaqafah untuk diri?

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya,supaya mereka itu dapat beraga-jaga"
(Al-Taubah:122)


.

6 comments:

safiyyah said...

saya dipaksa menambah komen di sini oleh husna.. =P

thanks untuk peringatan..asyik plan nak jalan-jalan ke mana cuti ni, tapi terlupa cuti bukan bermakna cuti dari kewajipan juga..jazakillah ya sahabati.. ^_^

umatakhirzaman said...

salam nuna..
tiada istilah "cuti" bgi mereka yg telah menjual jiwanya kepada yg Maha Esa....

moga thabat dlm perjuangan ini...

HUSNA said...

hana - trima kasih utk 1st line tu..x bole blah

izan - akan dganti dengan syurga..apa lagi yg kita mahu?

AbcdeFtyyhahh; said...

alasan berani mati. malas. huhu. sdg berusaha memaksa diriiii~

anis shafikah said...

ke marilah Husna.ada banyak program hadis dan sunnah yang kita nak pegi insyaAllah ramadhan ni :D

HUSNA said...

teah - akak pun..haahha

anis - wah..bagusnya cik anis kita..