Tuesday 15 September 2009

Mama Carries


Kami pergi ke Giant beberapa hari sebelum.Sebetulnya Mak mahu mencari ready-made Mama Carries tapi bila dah jumpa tak berkenan pula.Yalah sudah pecah-pecah lebih baik buat sendiri kan.Lebih puas hati katanya.

Bahan-bahan:
250gm buttercup
tepung gandum (agak-agak doh boleh diuli)
100gm gula aising
setengah sudu esen vanilla
kelapa kering (boleh juga guna nestum,oat atau apa-apa)

Untuk topping :
sebiji putih telur (dipukul hingga kembang)
90gm gula aising
satu sudu tepung jagung
(untuk lorekan cuma tambah serbuk koko)

Cara-cara:
1.Uli bahan-bahan hingga boleh diuli dan ditekap.
2.Tekap dengan acuan dan letakkan ke dalam loyang yang disapu minyak.
3.Letakkan topping dan lorekan.Lorekan biasanya menggunakan jarum peniti atau lidi.
4.Bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit.

Selamat mencuba!


.

5 comments:

AbcdeFtyyhahh; said...

mak ke akak yg wat? hehe bawak balik mesir k, nk rs :)

HUSNA said...

akak tolon tgk je hak3..tolon sket2-lah..bole2 wat balik insyaAllah..

safiyyah said...

nak!!!!!!! pos ke nz..hehehe.. =P

anis shafikah said...

sedap banget,da rse.
tq ustazah Zainab a.k.a mak Husna ;)

vYe said...

memang sedap ok...
aku yg memang bukan big fan of kuih raya ni,cam terpaku jap..then tak percaya terpaksa ambik lagi satu nak mengkompemkan betul ke aku tgh makan kuih raya buatan orang bukan buatan mesin atau alien...ahahahha