Benar nikmat sihat itu hanya boleh difahami oleh orang yang sakit.Namun kita jarang-jarang sekali mahu belajar dari orang yang sakit.Bagaimana perasaan mereka berlawan dengan rasa yang perit?Bagaimana ahli keluarga bersengkang mata menjaga?Perbelanjaan perubatan yang perlu dikeluarkan?Staf-staf perubatan yang berpayah menyelamatkannya dari penderitaan?
Rugilah kiranya kita berkejaran mengunjungi bilik pembedahan setiap minggu,melihat sendiri cara kerja mengubat namun hati buta menilai kesihatan diri yang belum pun diuji dengan kesakitan yang berat seperti mereka.Sebetulnya semakin banyak kes yang kita lihat,semakin kuat pergantungan kita kepada Yang Memberi Kesihatan.Jangan sampai hati tidak terasa apa melihat pesakit dan kematian yang meningkat dari hari ke hari.Jangan sampai hati sekeras batu!
'Profesion perubatan sebagai fardhu kifayah,satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli dalam satu masyarakat.Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas.Jika keperluan terjejas,apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.'
(Imam Ghazali)
Lupakah kita dengan doa kita...
agar dikurniakan keputusan yang cemerlang dalam SPM
ditawarkan belajar dalam bidang perubatan
dipermudahkan sebarang urusan kemasukan ke Medical School
memohon dipermudahkan peperiksaan dan berjaya naik tahun
Maha Suci Allah telah memakbulkan kesemua permintaan kita!
Menjadi pelajar perubatan bukan satu tugas yang suka-suka.Bukan juga satu perkara yang boleh diambil ringan.Tanggungjawab tetap tanggungjawab.Susah itu perkara biasa.Hanya jiwa yang kuat mampu menempuh perjuangan ini.Perjuangan di medan pembelajaran.Setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah dengan bidang yang sesuai dengan dirinya.Dan kita manusia terbaik yang dipilih Allah untuk menjadi seorang doktor.
Yakinlah dengan ketetapan ini!
'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.'
(Surah Al-Qasos:77)
Saya menulis agar hati kita tidak berbolak-balik...
.
2 comments:
eh eh, gambar kita2 lah! haha.
gilakkk.
cun nya baju!!!
tak sabar nak masuk tahun 4
:)
Post a Comment