Friday, 11 June 2010

Jenayah agama dan kemanusiaan


Wahai pelajar-pelajar Forensic sekalian,ini bukan takat loaded long bullet of automatic riffled firearm yang boleh menyebabkan blackening and tattooing of the skin sahaja.Ini peluru nuklear,hydrogen dan sulfur Israel yang boleh menghancurkan sesebuah negara.

Israel,
aku tahu kau kejam,melampaui batas,tandus manusiawi
tapi aku juga tahu kau semakin keluh kesah
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Para syuhada' Freedom Flotilla,
aura Gaza telah menyelubungi hati mereka
manusia sudah mula bangkit
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Dunia,
Protes berlaku di mana-mana
Aktivis Britain memusnahkan kilang senjata Israel
Perancis dan Jerman lantang mengecam serangan ini
Pengkalan Tentera Amerika ditutup di Jepun
Kedutaan Israel dikutuk dan dihalau
Kedutaan negara ke Israel dipanggil pulang
Pertubuhan negara Islam duduk semeja berbincang
Iran menghantar kapalnya lagi ke Gaza
Muncul pula Freedom Flotilla kedua
kau sebenarnya telah membuka mata dunia

Kita,
ini mungkin satu permulaan kebangkitan dunia
juga detik-detik kemenangan rakyat Palestin
atau pengakhiran satu kuasa kejam tak berperikemanusiaan

Sekiranya diizinkan Allah kemenangan ini jatuh ke atas Palestin maka berbahagialah sesiapa yang pernah menyumbang padanya dengan nikmat-nikmat yang telah dijanjikan.

Dan rugilah kiranya kita langsung tidak melakukan apa-apa sekalipun hanya dengan berdoa.



3 comments:

safiyyah said...

Kata seorang cerdik pandai Israel, "Orang Islam tak akan menang selagi bilangan yang solat Subuh berjemaah tidak sama dengan bilangan orang yang solat Jumaat".

Dunia dah membuka mata. Orang Islam bila agaknya mahu membuka mata dan kembali kepada agama?

Sama-sama kita doakan kesejahteraan Palestin dan umat Islam seluruhnya.

iek@fz said...

setuju ngan hana~..

betul na..

nice page, nice post..
keep it up yang..

HUSNA said...

hana - kita ni kadang2 mata terbuka tp buat2 buta..mari sama2 doakan

huda - tq2..berikan semangat ;p