Thursday, 8 January 2009

Assalamualaikum...

Saya dah ada blog!

Mulanya mahu rahsia-rahsia saja dari kawan-kawan.Tunggulah hingga 2 3 post nanti tapi awal-awal lagi sudah kantoi dengan Hana.Seawal saya belum lagi menulis apa-apa (dan Hana memang licik).Agaknya kenapa saya mahu berblog?Mungkin ini cara terunggul untuk saya memanfaatkan 25LE setiap bulan membayar duit internet,mungkin juga untuk mengurangkan kuantiti habuk pada keyboard laptop (selama ini saya banyak menggunakan touchpad dan key Enter sahaja),mungkin juga kerana ahli bait Syifa' semuanya sudah memiliki blog dan semestinya saya tidak mahu terkecuali.Ya.Segalanya mungkin.Yang pasti selepas ini saya perlu rajin membaca.Kata orang,kalau tak membaca bagaimana mahu menulis?Betul juga.Minta tunjuk ajar ya kerana saya ini 'buah cempedak di luar pagar' gitu.Oh sebelum terlupa.Katanya Mira "Husna,aku tunggu ko buat blog dulu baru aku akan buat".(mimis,apa lagi ditunggu *wink wink*).Semoga Tinta dapat saya jadikan sebagai medan perjuangan di samping berkongsi ilmu dan pengalaman bersama teman-teman.Sampai jumpa lagi!



0 comments: