Sunday, 2 May 2010

Hari ini ada sesuatu berubah...seperti hari-hari lain

Gambar pokok di sekitar Kafr Zind yang Hana tangkap (tiada kaitan)

Semalam membantu cik Hana berpindah rumah.Kerja-kerja mengangkat tidaklah terlalu berat kalau mahu dibandingkan dengan perasaan di dalam hati.Kini Hana bukanlah lagi warga Kafr Zind.Orang Salam telah memilikinya dan dia sememangnya milik orang ramai.Hana kan pemimpin.

Sewaktu bersama mereka semalam dan kelmarin,sempat jugalah saya melalui beberapa sesi empangan pecah anjuran cik Yana.Aduh,sudahlah memang sedih.Dia pula mengeluarkan ayat-ayat pilu,siap lagu 'Bertemu dan Berpisah' macam di sekolah dulu.Apalah Yana.

Redha.Ini nama adik Piah dan ini juga ayat keramat untuk kelmarin,hari ini dan selamanya.Hayat ini,ujian itu pasti ada namun sedih itu tidak harus dipanjang-panjangkan.

"Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya."
(Surah Al-Bayyinah:8)

Sedang yang redha itu diangkat tinggi di sisiNya.Buktikan keimanan kita.Buktikan bahawa kita tidak hanya melaksanakan yang ringan tetapi juga melaksanakan yang berat untuk dilakukan.Keredhaan terhadap qadha' dan qadar bukan bermakna redha kepada keadaan yang menyenangkan sahaja.Yang sakit dan berat itu juga perlu diredhai.

Hamba tak layak mengatur aturan Allah.Justeru kita tiada hak untuk memilih apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu.Kerana pada dasarnya hak mutlak itu hanya pada Allah yang maha Bijaksana dan maha Mengetahui segala hal yang ghaib.

Allah tidak zalim.Pasti ada hikmah di sebalik segala ujian.Wahai orang yang diuji,kamu beruntung.Kerana kamu punya peluang menjadi semakin dekat dengan Yang Memberi Ujian.Hikmah pasti akan datang.Itu rahsia Tuhan.Saya tidak tahu,kamu tahu?

"Jika engkau mampu berbuat dengan keredhaan dan keyakinan maka lakukanlah.Tetapi kalau tidak mampu maka dalam sikap sabar terhadap hal-hal yang menyusahkan jiwa terdapat kebaikan yang banyak sekali."
(Hadis riwayat At-Tarmizi)


p/s=Hana rajin-rajin datang Kafr Zind ya...


5 comments:

safiyyah said...

suka ayat ini -> kita tiada hak untuk memilih apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu

tepat. kerana kita ini hamba, kan? tapi Allah itu sentiasa bermurah hati memberi nikmat tanpa kita pinta.

thanks untuk peringatan Husna =)

kirim salam pada kawan yang berkongsi nama denganku itu. hehehe..

mawaddah said...

nak pindah jugak laa...bes gila hana dpt pos spesel smpena perpindahan beliau..ish..x aci...

HUSNA said...

Hana - baik..akan ku smpaikan salam mu itu hhhehe

Piah - alalla piah..ang jgn nk pndh2 eh..

aimjannah said...

sesi empangan pecah??huhu
kebanjiran istana iman (qasrul iman) lalu air yg tadinya kontang kembali mengalir~~

"barangkali apa yg kamu suka tidak baik bagimu dan apa yg kamu tidak suka itulah yg baik untukmu"
~~rahsia Allah selaku sebaik2 perancang..
jazakillah husna atas segalanya

HUSNA said...

Hana - qasrul iman mula2 xde air trus ada air blk lepas empangan pecah