Tuesday, 20 July 2010
Tak seindah biasa
Posted by HUSNA at 05:51 1 comments
Sunday, 13 June 2010
Antara dua maya
Posted by HUSNA at 17:48 3 comments
Friday, 11 June 2010
Jenayah agama dan kemanusiaan
Posted by HUSNA at 19:22 3 comments
Sunday, 23 May 2010
Dear day,be wise..be wise.
Posted by HUSNA at 21:10 5 comments
Friday, 21 May 2010
Lukis nabi cetus perang di Facebook
2010/05/21
Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook. Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah. Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei. Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu. Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan. Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi. Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – APPosted by HUSNA at 09:59 3 comments
Sunday, 9 May 2010
Hari Ibu
Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?
Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.
Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.
Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.
Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.
Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.
Sumber: http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=uQ3lCv
Posted by HUSNA at 20:26 2 comments
Friday, 7 May 2010
Seperti rama-rama di dalam perut
Posted by HUSNA at 18:05 5 comments
Sunday, 2 May 2010
Hari ini ada sesuatu berubah...seperti hari-hari lain
Posted by HUSNA at 08:04 5 comments
Friday, 23 April 2010
Mengapa agama?
Posted by HUSNA at 02:29 7 comments
Thursday, 15 April 2010
Malas,sila pergi.
Posted by HUSNA at 20:41 6 comments
Friday, 19 February 2010
Beritahu Aku Tentang Rindu
Posted by HUSNA at 00:03 5 comments
Monday, 1 February 2010
How to be a cool teenager?
Posted by HUSNA at 20:42 3 comments
Wednesday, 20 January 2010
Friday, 15 January 2010
Al-kisah Mahshi Bil Krom
Al-kisahnya tersangatlah lazat Mahshi buatan penduduk Mesir sehingga berdetak-detak hati perawan-perawan mahukan cara masaknya.Maka tiadalah cara lain,melainkan bertandang ke rumah tukang Mahshi adanya.
Posted by HUSNA at 02:03 10 comments
Wednesday, 13 January 2010
'Dua nikmat yang manusia tertipu padanya;nikmat kesihatan dan kelapangan waktu'.(Riwayat Bukhari)
Posted by HUSNA at 00:23 2 comments
Monday, 4 January 2010
Selamat
walau sudah lewat
4 hari tahun Masihi
18 hari tahun Hijrah
mukaddimah penentu natijah
ujian penentu tabah
selamat...
Selamat hari lahir
untuk Wani dan Kak Sya
juga teman-teman
ini detik kedewasaan
kerna kau penyambung warisan
selamat...
Selamat pengantin baru
untuk Abang Mad dan Kak Wani
berkat ke atas kalian
berhimpun dalam kebaikan
selamat...
Selamat untuk semua!
Posted by HUSNA at 21:12 0 comments